SESAK....Rakyat
mengisi Stadium Merdeka semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2012.
Oleh : CLARA CHOOI
KUALA LUMPUR : Jumlah
peserta yang menyertai perhimpunan “Himpunan Kebangkitan Rakyat” anjuran
pembangkang pada sabtu di Stadium Merdeka mungkin mencecah 150,000; menurut
badan kajian bebas online PoliTweet.org hari ini selepas penyelidikan awal
mereka.
PoliTweet.org yang menjejak
penggunaan laman sosial media dalam lapangan politik di Malaysia menulis di laman
Facebook mereka anggaran tersebut dibuat berdasarkan gambar dalam perhimpunan
oleh media dan yang dikongsi oleh online netizens.
Laporan mereka menyatakan
berdasarkan bukti visual daripada gambar, peserta yang hadir meliputi hampir
40,000 meter persegi dalam stadium (tidak termasuk yang berdiri di tangga) dan
di kawasan sekeliling luar lokasi perhimpunan.
“Kepadatan kawasan berbeza,
tetapi jika anda mengambil purata 3.5-4 kaki persegi setiap orang, jumlahnya
adalah 106037-121185 peserta di luar stadium.
“Ini termasuk dengan
kapasiti 30 ribu yang dilaporkan berada dalam stadium, saiz orang yang
dianggarkan ialah: 136037-151185 orang,” lapor agensi penyelidikan dalam artikelnya
yang termasuk dengan gambar kawasan sekitar di Stadium Merdeka.
“Setiap kawasan dinilai
berasingan untuk menentukan jumlah kepadatan orang ramai yang tepat. Tapi angka
ini akan disemak semula pada hujung minggu ini,” tambah PoliTweet.org tersebut.
Semalam, polis telah
mengurangkan jangkaan awal mereka tentang jumlah kehadiran peserta Himpunan
Kebangkitan Rakyat dari 80,000 ke 45,000 orang, di dalam dan di luar Stadium
Merdeka.
Namun, penganjur dan Pakatan
Rakyat (PR) mengatakan jumlah peserta mencecah 500,000 menghadiri perhimpunan
raksasa tersebut serta mendakwa ia adalah terbesar diadakan di ibu kota.
Pada Mei tahun lalu, Menteri
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menganggarkan
22,270 orang hadir dalam perhimpunan Bersih 3.0 berdasarkan gambar dari Bernama
dengan menggunakan sistem blok komunikasi.
Pada bulan Julai 2011,
pasukan polis menganggarkan antara 5,000 hingga 6,000 peserta menghadiri
perhimpunan Bersih 2.0, tetapi kebanyakan media melaporkan hampir 20,000 peserta.
Penganjur Bersih menganggarkan kira-kira 50,000 orang hadir ke perhimpunan itu.
Himpunan Kebangkitan Rakyat
di ibu kota berakhir petang sabtu lalu dengan ikrar oleh Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mempunyai toleransi
sifar terhadap rasuah atau apa-apa percubaan untuk merampas kekayaan rakyat.
Perhimpunan raksasa
dianjurkan oleh kedua-dua pemimpin politik dari PR dan kumpulan masyarakat
sivil sebagai wadah terakhir mengenai isu-isu mereka sebelum pilihan raya umum
ke-13.
No comments:
Post a Comment