Saudara Pengarang,
MERUJUK kepada posting
Sabahkini.net bertajuk 'PPRT Felcra Ala ‘Kandang Kambing’?' dan 'A Home ThatCollapsed' mengenai kejadian dua buah rumah PBR (Program Bantuan Rumah) runtuh
di Kampung Lupak Meluas, Sandakan.
Projek yang dibiayai oleh
FELCRA Berhad telah siap dibina oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan
penyerahan kepada peserta telah dilakukan pada 19 September 2012.
Pembinaan rumah PBR adalah
mengikut garis panduan kejuruteraan dan seni bina standard yang telah
ditetapkan berdasarkan penilaian Bahagian Teknikal KKLW serta penglibatan kontraktor
yang bertauliah dan berpengalaman.
Faktor Kejadian;
Laporan awal mendapati rumah
PBR Puan Hajijah binti Poyun runtuh dan menghempap struktur tambahan binaan
(dapur tambahan) rumah PBR Puan Nisfah binti Habibullah menyebabkan kedua-dua
rumah berkenaan runtuh.
Hasil siasatan mendapati
bahawa rumah PBR Puan Hajijah binti Poyun runtuh disebabkan kehilangan palang
penyokong (bracing) yang menjadi struktur asas pengukuhan rumah (dipercayai
dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab).
Laporan oleh MPS juga
mendapati status kediaman rumah PBR yang kosong atau kurang didiami dalam
tempoh masa yang panjang telah meningkatkan perbuatan vandalisme dan risiko
kecurian kayu palang penyokong rumah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Hasil Penemuan ;
Hasil siasatan teknikal
merumuskan bahawa kejadian berlaku kerana integriti struktur tiang rumah yang
terjejas disebabkan kehilangan palang penyokong (bracing) membawa kepada
runtuhnya rumah PBR berkenaan.
Pasukan siasatan juga tidak
menemui sebarang asas lain seperti dakwaan penglibatan kontraktor yang tidak
berpengalaman dan penggunaan bahan binaan yang tidak bermutu.
Tindakan;
KKLW telah mendapatkan
kerjasama MPS untuk membuat auditan semula terhadap rumah-rumah PBR yang dibina
oleh MPS terutamanya meneliti semula kekukuhan struktur rumah PBR yang telah
dibina dan menyemak semula status kepenghunian rumah-rumah berkenaan.
Diharapkan maklum balas ini
dapat menerangkan dengan lebih jelas kedudukan sebenar perkara ini dan
mengelakkan salah faham masyarakat serta pembaca blog daripada dakwaan dan
anggapan yang tidak berasas.
Salam Hormat,
MEOR HAFIZAN BIN ABDUL GHANI
Ketua Komunikasi Korporat
KKLW
No comments:
Post a Comment