Saudara Pengarang,
DENGAN robohnya dua buah
lagi rumah PPRT di kawasan Parlimen Batu Sapi, sepatutnya pihak yang menjadi
mangsa dan Pengerusi JKKK tampil membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).
Hanya melalui laporan rasmi
pihak berkenaan, maka kontraktor yang terlibat akan disiasat berhubung mutu kerja,
penggunaan bahan binaan dan punca PPRT ini sering mengalami musibah.
Kalau perkara ini diadukan
kepada SPRM, maka sudah pasti semuanya akan selesai dan mana-mana pihak yang terlibat, sama ada
menteri, wakil rakyat serta pegawai-pegawai pemantau projek tersebut diambil
tindakan.
Apa yang saya dengar dari
masyarakat di Batu Sapi dan beberapa kontraktor yang enggan nama mereka
dinyatakan di sini; bahawa selain dari kroni Wakil Rakyat Sekong sendiri yang
melaksanakan projek, kontraktor yang bukan kroni terpaksa memberi komisyen
kepada mereka.
Mungkin inilah salah satu punca
kontraktor terpaksa mengunakan bahan yang tidak bermutu sehingga banyak projek
tergendala dan PPRT runtuh kerana kontraktor bimbang mereka akan rugi kerana terlalu
banyak pihak yang harus disogok dengan komisyen.
Saya pasti Pengerusi JKKK
tidak berani tampil membuat laporan SPRM sebab semua Pengerusi JKKK yang dilantik
dalam kampung berkenaan menerima komisyen. Jika tidak mereka sudah lama membuat
laporan rasmi, apatah lagi jika projek berkenaan tidak melalui atau tanpa
pengetahuan Pengerusi JKKK.
Selaku Pembangkang di Batu
Sapi, saya menunggu Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung atau pemimpin tempatan
membuat laporan rasmi di hadapan SPRM sehingga hari Isnin minggu hadapan; jika
tidak, saya akan membuat laporan rasmi kepada SPRM, termasuk tindakan Pengerusi
JKKK bersubahat menyembunyikan jenayah yang dilakukan kontraktor, Wakil Rakyat
dan Menteri KKLW.
Salam Hormat,
ZAINUDDIN HASSAN
Timbalan Ketua Cabang PKR Batu
Sapi.
No comments:
Post a Comment