Oleh : DATUK DR JEFFREY
KITINGAN
SALAM hormat, salam Ini Kali
Lah, Salam Borneo Bersatu dan Salam Reformasi.
Terima kasih kepada Pengerusi Penganjur. Selamat datang kepada semua
pemimpin STAR di pelbagai peringkat, para jemputan dan semua pejuang STAR, Anak-Anak
Pribumi Sabah yang saya percaya sudah berjuang sepenuh jiwa raga untuk
menyelamatkan Sabah.
Pertama sekali, saya ingin
mengucapkan Selamat Hari Natal dan menyambut Tahun Baru dengan azam yang lebih
kekal kuat dan maju.
Saya percaya perjumpaan kita
pada pagi ini diizinkan oeh Tuhan kerana berfokuskan kepada perjuangan menuntut
hak dan keadilan, seperti yang tertulis dalam Amsal 31:7-8 ;
“Belalah mereka yang tak
dapat membela dirinya sendiri.
Lindungilah hak semua orang yang tak berdaya. Berjuanglah untuk mereka dan jadilah hakim
yang adil. Lindungi lah hak orang miskin
dan orang tertindas”
1. Tujuan Perhimpunan
(a) Ulangtahun Pertama STAR di Sabah
(b) Pelancaran kempen “Selamatkan Sabah Tanah Airku”
2. Pencapaian Star Sabah Dalam Setahun
Para pejuang yang di
hormati, 6 Januari 2012, tarikh keramat kerana tarikh inilah STAR telah
bertapak di bumi Sabah dan pada hari ini kita berkumpul untuk merayakan ulang
tahun yang pertama. Namun begitu kita
bukan saja merayakan bahkan mengingati betapa hebatnya sambutan rakyat Sabah
terhadap STAR.
Dalam tempoh setahun STAR
telah mencapai beberapa kejayaan:-
(a) 270,000 ahli vs 60,000 PKR (selepas 7 tahun);
(b) Bergerak dan bertapak di semua 26 Parliament termasuk Labuan dan
60 DUN;
(c) Berjaya mewujudkan slogan “INI KALI LAH”! yang efektif sampai
diciplak dan ditiru oleh parti parti lain;
(d) Berjaya menggerak hati rakyat untuk berjuang;
(e) Memberi nafas baru kepada STAR;
(f) Berjaya menjadikan 'Parti Nyamuk' kepada parti yang besar
dihormati dan disegani;
(g) Menjadikan STAR sebagai landasan utama untuk memperjuangkan hak
hak Sabah / Sarawak melalui “Agenda Borneo”
3. Sejarah Gelombong Politik Di Sabah
(a) Sabah mencipta sejarah gelombang 2 kali:-
(i) 1976 - USNO ditumbangkan oleh BERJAYA;
(ii) 1985 - BERJAYA ditumbangkan oleh PBS;
(iii) 1994 - PBS ditumbangkan (rampas kuasa) oleh katak
katak;
(b) Sekarang gelombang yang ketiga – “TURNING POINT”
Melalui kempen “SELAMATKAN SABAH TANAH AIR KU” Dari Utara
ke Selatan , Dari Timur ke Barat, Dari Kampung ke Bandar, Dari Pulau de Puncak
Gunung Kinabalu,
Kita akan mengakibatkan TSUNAMI POLITIK SABAH Untuk
menumbangkan BN dan mencatat satu lagi sejarah “TURNING POINT” di Sabah !
4. Malaysia Kini Perlu Diselamatkan
Kerana Malaysia sudah
rosak! Malaysia yang ada sekarang
bukanlah Persekutuan Malaysia yang telah dipersetujui oleh bapa-bapa
Kemerdekaan kita sebelum dan pada tahun 1963.
(a) Persekutuan Malaysia gagal dari mula kerana janji janji tidak
dilaksanakan;
(b) Pemimpin Malaya mengambil kesempatan keatas kekurangan pemimpin
pemimpin;
(c) Malaya menjadi “MALAYSIA” dan Sabah / Sarawak diambil alih;
(d) Tiada perlembagaan Malaysia hanya Perlembagaan Malaya;
(e) Buktinya Artikel 160 Perlembagaan mendefinasikan persekutuan
berasaskan Perjanjian 1957 bukan 1963;
(f) Malaya masquerading as “MALAYSIA”;
(g) Perjanjian Malaysia 1963 perlu dikaji semula untuk selamatkan
MALAYSIA.
5. Malaysia Kini Menghadapi
Masalah Kritikal
Oleh sebab kegagalan atau kesilapan
pemimpin-pemimpin Malaya, Malaysia kini menghadapi masalah-masalah kritikal
seperti berikut:-
(a) A highly corrupted Nation – No.1 in the world. RM300 billion hilang – kemana ia pergi?
(b) A highly geared Nation of about RM500 billion in National debt
(hutang Negara) (about 55% of GNP); Siapa akan menanggung hutang ini?
(c) Hasil dan ekonominya bergantung kepada minyak petroleum dan gas,
apa akan terjadi bila telaga-telaga minyak kering?
(d) Survival politik Kerajaan sekarang bergantung kepada PTI / orang
asing sebagai pengundi / penentu (disalahgunakan);
(e) Sementera orang orang asal / anak Negeri dipinggirkan dan
diekploitasikan. Tanah mereka dirampas
dan hak mereka dinafikan (disenfranchisement);
(f) Jika keadaan ini berterusan MALAYSIA AKAN MUFLIS, etc;
(g) Cangkaman Malaya terhadap Sabah akan lagi teruk!
6. BN Government Now ‘Desperate’
(a) More problems / mistakes and bigger deficit (both PR and BN);
(b) PM in Sabah 7 times in 2012 / PR leaders also – WHY?
(c) Najib had no choice but to agree on RCI;
(d) Even on the issue of ‘ALLAH’ ;
(e) Election goodies – BRIM 1 / 2 increase salaries of civil
servants, payouts to retirees, rebate to taxis, smart phones, etc.
7. Sabah / Sarawak ‘Kunci Penyelesaian”
(a) Selamatkan Sabah untuk selamatkan Malaysia – Fixed Deposit;
(b) Sabah / Sarawak sebagai penentu kuasa (tsunami politik 2008);
(c) Sabah / Sarawak sebagai Kuasa Ketiga (3rd Force);
(d) Sabah sebagai “simpanan tetap / fixed deposit’ BN / UMNO;
(e) Sabah sebagai padang permainan politik Malaya;
(f) Sabah sebagai “Battleground” memenangi Putrajaya.
8. Cara Untuk Menyelesaikan Masalah Malaysia
(a) Face the truth and stop all the nonsense!
(b) How? Bagaimana?
(i) All Malaysians must care and act in the national interest;
(ii) Ordinary / all Malaysians must take responsibility;
(iii) Tukar Kerajaan / pemimpin-pemimpin
(c) Bagi Sabah / Sarawak tidak mencukupi hanya untuk menukar
Kerajaan kerana ia tidak semestinya menyelesaikan masalah-masalah di Borneo
9. Tahun Baru 2013 Peluang Untuk Pembetulan, Pemulihan Dan Pembaharuan
(a) Sabah / Sarawak perlu sesuatu perubahan yang lebih daripada
perubahan Kerajaan / Pemimpin kita perlu selesaikan tuntutan kita.
At stake are :-
1) Our State rights and our position in the Federation
2) Our Autonomy
3) The Malaysia Agreement
4) The 20 Points
5) Our oil and gas resources
6) Our Native rights
7) Our Political Franchise, and
8) Our Security.
Semuanya perlu diselesaikan,
yang salah perlu diperbetulkan, yang kurang perlu ditambah, yang dirampas perlu
dikembalikan.
Kebetulan juga 2013 adalah
tahun Jubilee Malaysia (50 tahun), pandanglah tahun 2013 ini sebagai tahun
untuk Pembetulan, Pemulihan Dan Pembaharuan.
Walau macam mana pun cabaran
kita begitu banyak sekali, eg: bagaimanakah kita boleh mencapai objektif kita di dalam suasana dan persekitaran yang beitu
mencabar sekali kerana:-
• berat sebelah / ketidak adilan
• pecah dan perintah
• ketuanan Malaya / Melayu (UMNO) hegemony
• Projek IC dan pengundi penguin hantu dll
• pembayaran pembayaran subsidi, BRIM 1 dan BRIM 2
• penguasaan media cetak
• pemberian tangki biru 1 Malaysia, dsb.
Inilah cabaran cabaran kita selain daripada wang ringgit
dan jentera yang lebih besar dan lebih hebat dari kita.
10. Kuasa Sabah / Sarawak Sebagai Penentu
Walaupun demikian kita ada
juga kelebihan tersendiri. Sabahans/ Sarawakians PERLU SEDAR bahawa masa inilah
(PRU-13) kita berpeluang untuk berunding (TO STRIKE A DEAL) dengan
pemimpin-pemimpin Malaya / Kerajaan Pusat kerana peranan kita sebagai kuasa
penentu kelak (akibat tsunami politik 2008)
• BN/ UMNO kehilangan majoriti 2/3
• BN / UMNO kalah dalam 5 buah negeri
• Berkongsi kuasa 50 / 50 di Semenanjung dengan Pakatan
• Malaya jadi system 2 parti
• Sabah / Sarawak menjadi Penyelamat / Penentu
• Sabah / Sarawak bakal menjadi KUASA KETIGA.
Inilah kuasa dan peluang
yang boleh kita gerakkan untuk mencapai matlamat kita di Sabah dan Sarawak.
11. Rakyat Sabah/Sarawak Perlu Bersatu Untuk Kekalkan Kuasa Penentu –
Bagaimana Satukan Rakyat?
(a) Sabahan perlu faham tentang peluang yang ada / unik ini;
(b) Sabahan perlu rasa terdesak dan terdorong untuk mencapai sesuatu
matlamat (Agenda Borneo);
(c) Rakyat perlu faham mengapa perlunya kerusi kerusi Parlimen / DUN
dimenangi di atas tikit /lambang / bendera Sabah / Sarawak (Parti tempatan).
Ini amat penting kerana
sekiranya kerusi Parlimen / DUN itu ditandingi dan dimenangi oleh parti parti
dari Malaya, kita akan terus kehilangan kuasa penentu itu sebab wakil rakyatnya
akan terus dikuasai oleh parti parti mereka seperti juga UMNO;
(d) Sekiranya/ bilamana Sabah/ Sarawak Berjaya untuk kekalkan kuasa
penentu ini, kita akan berkedudukan yang unik dan istimewa untuk menentukan
destini dan masa depan kita sendiri;
(e) Kedudukan ini akan juga membawa kita seolah olah kembali kepada
1963 dan sebelumnya tetapi dengan keadaan dan suasana yang berbeda:-
• Sekarang kita lebih berpengetahuan dan berpengalaman;
• Kita faham dan tahu apa kita mahu.
12. Sebab-Sebab Sabah Perlu Diselamatkan
Sabah diambang kehancuran.
(a) Sabah hilang hak-hak autonominya dan dijajah semula;
(b) Mereka tetapi dikuasai oleh UMNO / Malaya;
(c) Hasilnya kaya raya (RM 24 BILLION 2012) tetapi diambil oleh
Kerajaan pusat Malaya;
(d) Ada minyak / gas (RM 18 BILLION 2012) tetapi diambil / dikuasai
oleh Petronas / Malaya;
(e) Rakyat asal dipinggirkan dan hak tanah NCR mereka tidak
dihormati;
(f) Orang asing / PTI / pekerja asing tidak diurus / dikawal
mengikut Perlembangaan dan Undang Undang dan disalah gunakan sebagai pengundi;
(g) Orang asing / luar lebih ramai daripada orang asal tempatan dan
dipelihara oleh Kerajaan UMNO/BN;
(h) Tiada masa depan / masa depan gelap;
(i) Sabah telah menjadi Negeri yang paling miskin di Malaysia
(laporan World Bank);
(j) Sabah diambang kehancuran dan diambil alih oleh orang luar dan
perlu diselamatkan
Saya ingin bersajak ….Boleh kah?
SEDARLAH WAHAI RAKYAT SABAH
sedarlah ….
bangunlah….
bangkitlah dari tidur nyenyak mu…
posikkkk…..
jangan tunggu sehingga kita kehilangan segala galanya…
jangan tunggu sehingga hari esok yang tidak terjamin…
bangunlah dari tidur nyenyak mu sekarang dan sedarlah …..!
mereka sedang menjajah kita tanpa kita sedar
mereka sedang merampas hak dan milik kita – adakah kita
sedar?
posikkkkkkk…tungag noh!
apakah kita masih tidur?
masih mahu disuap?!
masih mahu dijajah?!
masih mahu dicucuk hidung?!
masih mahu diperalatkan dan diperbodohkan?!
……………….tidak……….!!!!
bangunlah wahai sabahan, sedarlah….
bangkitlah dari tidur nyenyak mu….
posikkkkkk…tungag noh!
jangan tunggu sehingga hari esok dimiliki orang!
jangan tunggu mimpi ngeri menjadi realiti!
bangunlah !
bangkitlah! sedarilah!
posikkkkkk…..
bukankah sabah ini kita punya? ….yeah
bukan kah kuasa di tangan kita? ….yeah
ayuh! pertahankan
hak hak negara kita?
selamatkan sabah tanah airku
wahai sabahan….
lupakan sengketa diantara kita
bebaskan diri mu dari politik pecah dan perintah
tinggalkan kepentingan peribadi mu
angkatlah kepentingan negara mu
bersatu……………..!
bersatu kita teguh berpecah kita roboh
satukan lah jiwa dan semangat antara kita
selamatkan sabah tanah airku!
kalau bukan kita, siapa lagi?
kalau bukan sekarang, bila lagi?
ini kali lah!
13. Tiga Pilihan Kita
Apa sebenarnya yang kita mahu?
Kita di Sabah / Sarawak mempunyai 3 pilihan
(a) Biarkan saja / status quo (BN/UMNO memerintah);
(b) Bebas dan bercerai dari Persekutuan;
(c) Pembetulan, pemulihan dan pembaharuan
(Correction, Restoration and Renewal)
Jika kita pilih pilihan (1)
iaitu status quo, ianya bermakna kita akur kepada keadaan dan akan terus
menerima penaklukan dan penjajahan Malaya, ketidak adilan, ketuanan Malaya dan
exploitasi mereka terhadap Sabah dan Sarawak.
Ini Tidak Boleh Diterima Dan
Patut Ditolak!
Jika kita memilih pilihan
(2), iaitu pembebasan dan penceraian daripada Malaya, walaupun menarik, ianya
merupakan pilihan yang boleh dianggap drastik oleh kebanyakan rakyat Malaysia
yang sudah terlalu lama di indoktrinasikan.
Kemungkinan besar ramai yang akan takut dengan pilihan ini.
Maka kita bijak untuk
memilih pilihan ke 3, sebah ianya bukan sahaja tepat tetapi boleh diterima oleh
semua. Pilihan inilah yang perlu
diperjuangkan. Iaitu untuk memperbetulkan yang salah (Correction), memulihkan
yang kurang hilang (Restoration) dan
memperbaharukan yang tidak lagi relevant (Renewal).
Bagaimanakan Pilihan Pilihan
Ini Boleh Diterjemahkan Semasa PRU 13 Nanti?
14. Agenda Borneo Vs Agenda Malaya
BN/UMNO – status quo –
PR/PKR? (hanya tukar Parti / Pemimpin).
UBA / STAR = Correction,
Restoration, Renewal. (Pembetulan, Pemulihan
dan Pembaharuan).
Semasa PRU 13 nanti, ada 3
kumpulan akan bersaing / bertanding dengan parti komponen mereka masing masing,
ia itu:-
a) BN/UMNO;
b) PR/PKR;
c) UBA/STAR.
Ramai yang mengatakan
perlunya satu lawan satu jika mahu kalahkan BN/UMNO. Malah mereka berpendapat kadangkala tanpa
berfikir bahawa 1 lawan 1 sajalah formula yang tepat. Bagi kita, ianya hanyalah satu konsep yang
baik tetapi tidak semestinya yang betul dan tepat setiap keadaan etc.
Dalam scenario PRU 13,
BN/UMNO dan PR/PKR adalah pemain utama, di Semenanjung, kedua dua kumpulan ini
juga berebut untuk menguasai Putrajaya.
Manakala UBA/STAR tertumpu kepada Borneo sahaja – Sabah / Sarawak. Kedua dua kumpulan ini juga berebut 222
kerusi Parlimen, iaitu 166 kerusi di Malaya termasuk Labuan, 25 di Sabah dan 31
di Sarawak.
Bagaimanakah Pertandingan
Ini Akan Berlaku Dan Berakhir?
Macam mana dan bagaimana kah
pengundi pengundi akan buat pemilihan, khasnya di Sabah?
Selain daripada konsep 1
lawan 1, cara biasa ada langkah konsep atau cara yag lain untuk memudahkan
pemilihan?
Sudah tentu ada!
Ya, itu konsep baru 1 lawan
1:
Agenda Borneo Lawan Agenda
Malaya
Maksudnya begini:-
BN/UMNO dan PR / PKR
Sebenarnya mempunyai agenda
yang sama terhadap Sabah, walaupun bersaing untuk mendapatkan Putrajaya, kerana
kedua dua BN/UMNO dan PR/PKR masing masing akan mengkekalkan kedudukan
Sabah/Sarawak sebagai Negeri kawalan mereka (Subservient State) dan melayan
Sabah / Sarawak sebagai negeri ke 12 dan ke 13 dalam persekutuan Malaya dan
bukan sebagai rakan kongsi sama taraf (nyata dengan jelas dalam Buku Jingga dan
Deklarasi Kuching).
Begitu juga mengenai isu
petroleum, menaikkan royalty minyak daripada 5% kepada 20% tidak akan
menyelesaikan / memulihkan hak minyak kepada Sabah. Malaya / Petronas masih menguasai hak minyak
Sabah dan 80% hasilnya!
Sama juga akan berlaku nanti
terhadap isu PTI, projek IC, dan yang berkaitan kerana ketua PR/PKR terlibat
dalam isu ini semasa dalam UMNO.
Ini bererti BN/UMNO dan
PR/PKR sebenarnya mempunyai agenda yang sama.
Maka, eloknya dan tetaplah mereka dikategorikan dalam agenda
Malaya. Barang siapa yang menyokong
mereka, BN/PR, adalah juga penyokong agenda Malaya dan mengkhianat kepada
Agenda Borneo.
Sabah adalah hadiah/piala
kemenangan Putrajaya bagi mereka.
Kedudukan Sabah/Sarawak tidak akan berubah jika kita benarkan orang lain
menguasai kita dan menentukan masa depan kita.
15. Masa Depan Sabah Di Tangan Kita
Kali ini Sabahan dan
Sarawakian mesti muat pendirian sendiri dan tentukan kedudukan mereka secara
bebas.
We can no longer afford to
be led by our noses and be controlled by Malaya. This does not mean that we are against them
or cannot work with them. It also does
not mean that we are anti-Peninsular or anti-Malaya. It only means, we no longer want to be
Malaya’s colony.
We want to be equal partners
in the proposed Malaysian Federation. We
want to work with them (Malaya) but not under them …it means sitting down as
our ancestors did, to discuss over partnership on terms that are fair,
acceptable and beneficial. This is what
the Agenda Borneo is all about!!!
In the context of PRU 13,
Sabahans and Sarawakians must decide whether to continue to be exploited and
internally colonized by Malaya under BN/UMNO or PR/PKR under AGENDA MALAYA, or
to be free from this shackles and to pursue the BORNEO AGENDA under UBA/STAR as
a third force equivalent to BN/PR leverage.
Sabahans must decide what is
best for them!
There is no better time than PRU 13.
IT IS NOW OR NEVER!!
INI KALI LAH!!!!!!
(REPEAT POEM!)
No comments:
Post a Comment