PENAJA.....Jawatankuasa
Penaja PPPS Sandakan bersama Shamsuddin
(duduk dua dari kiri) sebaik selesainya mesyuarat.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
SEJAJAR dengan matlamat dan
halatuju penubuhan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dalam membela
nasib rakyat negeri ini ke arah lebih gemilang, satu Jawatankuasa Penaja PPPS
Cawangan Sandakan telah dibentuk, kelmarin.
Jawatankuasa yang diketuai
oleh Shamsuddin Chino, selaku pengerusi itu turut dihadiri seramai 35 orang
terdiri dari kalangan pemimpin masyarakat setempat termasuk para peniaga di
bandar ini.
Mesyuarat yang diadakan di
pejabat urusan Syarikat Gerak Borneo Sdn Bhd, sebulat suara melantik beberapa
orang untuk mengisi jawatan-jawatan penting termasuk unit-unit atau biro yang
akan disusun atur nanti berdasarkan kesesuaian serta kelayakan pada komuniti
yang ada.
Naib Pengerusi disandang
Datu Hj Arsad Datu Hj Bachtiyal, Setiausaha (Matsaha Adiris) dan Bendahari
(Dayang Hajah Aisah Datu Hj Bachtiyal) manakala jawatan pemeriksa kira-kira
disandang Saphia Panasang dan Hajah Delailah Lima.
Seramai 10 orang
menganggotai jawatankuasa induk terdiri dari Jainal Mad Daud, Daniel Hj
Suhaimi, Datu Ilahan Datu Amilbangsa, Syed Iskandar Syed Ismail, Datu Nasir Hj
Datu Sallahudin, Suraidah Ahmad, Datu Abubakar Ombra Datu Hj. Bacthiyal, Datu
Eric Ibni Almarhum Sultan Ombra Amilbangsa, Awang dan Shamsudin Esa.
Mesyuarat penaja juga turut
melantik tiga orang sebagai penasihat iaitu Penasihat I, Datu Mohd Faisal Datu
Hj Bacthiyal; Penasihat II, Datu Salleh Datu Tambuyung, sementara Penasihat III,
Ali Hassan Hj Uddin.
Sementara itu, PPPS
diasaskan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang telah dilancarkan
tidak lama dahulu bertujuan untuk sama-sama dengan rakyat negeri Sabah berjuang
dengan pakatan pembangkang sedia ada.
Kata Shamsudin lagi, rakyat
Sabah 80 peratus sudah menolak kepimpinan BN/UMNO kerana terlalu mengutamakan
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk mendapatkan keistimewaan, berbanding
rakyat tempatan yang terus menderita.
Contohnya di Sabah, kebanyakan
pemegang Kad Pengenalan bernombor H035XXXX dan H050XXXX mereka terus dipelihara
oleh para pemimpin UMNO/BN untuk mendapatkan pelbagai kemudahan seperti Permit
Bas, Permit Teksi dan Lesen Perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak yang
berkenaan.
"Kita tubuhkan parti
PPPS adalah untuk bekerjasama dengan parti Pakatan Rakyat untuk menggulingkan
kerajaan kuku besi iaitu UMNO/BN yang terlalu sayangkan PATI daripada anak
tempatan," ujar Shamsuddin yang merupakan ahli UMNO cawangan Kampung
Bambangan, DUN Sekong.
No comments:
Post a Comment