Monday, 15 April 2013

AKHIRNYA 16 ANAK NEGERI DAPAT GERAN






KENANGAN......Azizah, Sarina (duduk tengah) dan penduduk serta pemimpin masyarakat merakamkan kenangan selepas program Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Jimpangah Beaufort.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

SERAMAI 16 penduduk Kg Jimpangah Beaufort merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyandang wakil rakyat Dun Klias, Datuk Aizah Mohd Dun atas usaha dan komitmen beliau membantu penduduk dalam urusan permohonan tanah sehingga diluluskan.

Sarina Agang yang mewakili penduduk terbabit berkata kumpulan penduduk akan terus memberi sokongan kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mereka yakin hanya BN yang dapat membantu menyelesaikan masalah penduduk khususnya di luar bandar.

“Kami amat gembira kerana telah mendapat kelulusan tanah yang kami pohon sebanyak 10 ekar seorang. Dalam kesempatan ini kami ingin merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan Datuk Azizah.

“Selain itu beliau adalah wakil rakyat yang sentiasa turun padang untuk memastikan semua penduduk di sini tidak terpinggir dari arus pembangunan negara.

Di sini juga kami berjanji akan menyokong calon BN pada pilhanraya ini untuk mempertahankan pemerintahan BN,” katanya pada program Pemimpin Bersama Rakyat yang dirasmikan Azizah.

Hadir sama, Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih, Naib Ketua Umno Beaufort, Datuk Kimjs Duin, Ahli Jawatankuasa Umno Beaufort, Sadi Nasah, KDM Ludin Gumat dan ketua-ketua parti kompone n BN Beaufort.

Azizah yang juga Exco Wanita Umno Malaysia berkata beliau akan terus turun padang untuk mendengar denyut nadi rakyat.

“Kita diangkat oleh rakyat untuk membantu rakyat. Inilah perjuangan sebenar pemimpin BN,” katanya.

No comments:

Post a Comment