Monday, 8 April 2013

AKUJANJI YANG MAMPU DILAKSANAKAN






BORANG.....Azizah menerima borang keahlian BN daripada Salleh pada program Mesra Rakyat di Kg Tempurong Kuala Penyu.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

KUALA PENYU : Manifesto BN adalah akujanji yang terbaik dan semuanya mampu diterjemahkan oleh Barisan Nasional sepanjang lima tahun akan datang.

Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Azizah Mohd Dun berkata akujanji BN bukan umpama menanam tebu di bibir sahaja tetapi ianya sebuah janji yang pasti ditepati.

“BN sebuah parti yang telah terbukti memperjuangkan rakyat sejak sekian lama. Kini melalui program transformasi ianya telah memastikan semua yang dirancang dapat dilaksanakan secara teratur untuk manfaat semua rakyat.

“Rakyat perlu yakin dengan kemampuan BN dan manifesto yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pasti mampu dilaksanakan sepanjang lima tahun akan datang. Janji BN adalah janji yang ditepati bukan setakat tebu di bibir,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Wanita Umno Bahgian Beaufort berkata demikian ketika merasmikan program Mesra Rakyat di Kg Tempurung, di sini.

Pada program itu Azizah turut menyempurnakan upacara perasmian Kedai Koperasi Co Op 1 Malaysia di kampung itu.

Majlis juga turut menyaksikan Azizah menerima borang keahlian BN daripada Salleh Suntim yang mengetuai 20 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meninggalkan parti untuk menyertai BN

Azizah menegaskan bahawa jentera BN Beaufort kini telah bersiap sedia menghadapi pilihanraya dan akan sentiasa memastikan kemenangan mutlak BN pada PRU-13 ini.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Salleh Suntim bersama 20 ahli Parti Keadilan Rakyat PKR yang telah memilih landasan yang baik dengan menyertai BN.

No comments:

Post a Comment