Friday, 5 April 2013

ANWAR BAKAL UMUM CALON SABAH DI SANDAKAN






KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai penuh calon KEADILAN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) secara berperingkat bermula malam semalam.

Pengumuman itu akan dibuat Ketua Umum sempena PKR siri Jelajah Merdeka Rakyat selepas pembubaran Parlimen semalam.

Jadual jelajah sembilan hari berturut-turut itu seperti berikut:

4 April (Khamis) – Perak di Gerik (11 malam)
5 April (Jumaat) - Pulau Pinang di Batu Maung (11 malam)
6 April (Sabtu) – Kelantan di Tanah Merah (9.30 malam)
7 April (Ahad) – Perlis di Kuala Perlis (8.30 malam) dan Kedah di Merbuk (11 malam)
8 April (Isnin) - Negeri Sembilan (tempat akan dimaklumkan) (8.30 malam), Melaka di Ibu Pejabat Negeri (10 malam) dan Johor di Muar (11 malam)
9 April (Selasa) – Pahang di Kuantan (9 malam) dan Terengganu di Kemaman (11 malam)
10 April (Rabu) – Selangor dan Wilayah Persekutuan (tempat dan waktu akan dimaklumkan)
11 April (Khamis) – Sarawak di Petra Jaya, Kucing (waktu akan dimaklumkan)
12 April (Jumaat) – Sabah di Sandakan (waktu akan dimaklumkan)

No comments:

Post a Comment