Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA : Rakyat diingatkan
tidak terpengaruh dengan taktik baru
pembangkang yang memasang banyak bendera di
kawasan tertentu seolah-olah memberi gambaran mereka (pembangkang)
mendapat sambutan dan sokongan kuat daripada rakyat.
Timbalan Ketua Bahagian UMNO
Semporna, Dato Sri Nasir Tun Sakaran menjelaskan, taktik itu dapat dikesan
sejak tahun lalu sehinggalah selepas pembubaran Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri minggu lepas.
Katanya, bendera yang
dipasang tidak lebih daripada perhiasan yang dipasang oleh agen-agen mereka dan
memperlihatkan hanya sebagai daya tarikan serta propaganda politik sedangkan
pemimpin-pemimpin mereka (pembangkang) goyang kaki tanpa berbuat apa-apa untuk
membantu rakyat.
Nasir berkata, kekuatan
sesebuah parti dan sokongan padu rakyat bukanlah terletak kepada banyaknya
bendera dipasang tetapi berdasarkan pencapaian sesebuah parti dalam agenda
membela nasib rakyat dan rakyat menikmati faedah kemajuan yang diperjuangkan
oleh sesebuah parti yang jujur serta ikhlas mendahulukan kepentingan rakyat itu
sendiri.
Beliau menegaskan, selama
ini kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan mandat yang diberikan
rakyat dengan menyalurkan banyak bantuan semata-mata demi meneruskan Tradisi
Membela Rakyat yang sangat mengharapkan sebuah kehidupan yang aman, makmur dan
selamat.
Nasir berkata demikian
sempena program Ziarah Rakyat & Pengesanan Pengundi bagi kawasan Dewan
Undangan Negeri(DUN0) Senallang di kampong Sulabayan Jaya dan Kampung
Mantaritip.
Sempena majlis itu Nasir
menyampaikan bantuan kepada golongan kurang mampu dan menyampaikan Kad
Pengesanan Pemilih kepada pengundi dikedua-dua kampong.
Hadirsama Pemimpin Unit
Kemajuan Rakyat, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna DUN Senallang, OKK Haji
Musa Sabaani; Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (ADDO), Hj Abdullah Sukka; Pegawai
Perhubungan ADUN, Hj.Zainal Jalaludin; Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun
Senallang, Roslan Jalaludin dan Unit Gerak Khas Pejabat Adun Senallang.
Nasir berkata, pembangkang
hanya tahu berjanji tetapi tidak menunaikannya sebaliknya BN tidak pernah
ingkar janji malah meneruskan semua agendanya membela nasib rakyat.
Ujarnya menambah, prestasi
Kerajaan BN selama empat tahun memerintah telah dibuktikan dengan pelbagai
kemajuan pembangunan serta bantuan sedangkan pembangkang hanya tahu bercakap
bohong kalau berkalau dan hanya mencapai 15 peratus pencapaian selama
memerintah.
“Kalau hanya 15 peratus
pencapaian selama empat tahun memerintah, macamana mau mentadbir sebuah
Negara?” kata Nasir.
Nasir berkata, rakyat harus
menolak pembangkang yang tidak prihatin kepada kedaulatan negara malah menganggap pencerobohan Lahad Datu dan
Semporna hanya sandiwara berbanding kerajaan BN yang sentiasa mengutamakan
keselamatan,keamanan dan kemakmuran negara.
No comments:
Post a Comment