SHAH ALAM : PKR akan
bertanding di 102 kerusi Parlimen dan 162 kerusi Dun pada Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13). Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, daripada 102
Parlimen, 64 adalah di Semenanjung, 21 (Sabah) dan 17 (Sarawak).
Azmin berkata, senarai calon
sudah dimuktamadkan kecuali dua kerusi yang sedang dibincang dengan komponen
Pakatan Rakyat (PR).
"Kami jangka baki
kerusi akan dimuktamadkan petang ini. Kami dalam proses mengadakan perundingan,
mahu mencapai penyelesaian terbaik," kata beliau pada sidang media selepas
penyerahan watikah pelatikan calon PKR di sini hari ini.
Kira-kira 25 peratus calon
berusia bawah 40 tahun. Seramai 30 peratus berumur antara 40 dan 50 tahun.
Menurut Azmin, calon termuda
berusia 28 tahun iaitu Siti Aisyah Sheikh Ismail yang akan bertanding di
Tambun.
Azmin berkata, calon yang
terpilih 'bukan calon biasa' tetapi merupakan ejen perubahan kepada parti
tersebut.
Katanya, Ketua Umumnya Datuk
Seri Anwar Ibrahim telah memberi taklimat kepada calon yang terpilih secara
tertutup.
Menurutnya, dalam taklimat
tersebut Anwar menyatakan calon terpilih mestilah mencerminkan parti yang
mempunyai potensi besar dan mempunyai masa depan pada PRU13.
Beliau berkata, calon yang
dipilih tersebut juga telah dimuktamadkan kerana mempunyai semangat reformasi
yang dipegang oleh PKR.
"Ketua Umum telah
adakan perjumpaan tertutup dengan calon yang dipilih.
"Dan beliau memberi
taklimat dan amanat kepada calon bahawa mereka bukan calon biasa tetapi agen
perubahan, reformasi.
"Perwatakkan dan tindak
tanduk mereka mestilah mencerminkan PKR sebuah parti yang ada potensi besar dan
ada masa depan pada PRU13," katanya.
No comments:
Post a Comment