SANDAKAN: Mayat seorang bayi
perempuan tanpa kepala ditemui terapung di perairan Pulau Nunuyan di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata mayat bayi malang yang
dipercayai berusia lingkungan tujuh bulan itu ditemui penduduk kampung pada
kira-kira jam 6 petang.
Mayat bayi itu dihantar ke
Hospital Duchess of Kent Sandakan, untuk dibedah siasat.
Tiada sebarang tangkapan
dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, katanya ketika
dihubungi di sini.
Beliau berkata individu yang
mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis
berhampiran bagi membantu siasatan. (My Metro)
No comments:
Post a Comment