Tuesday, 16 April 2013

BN JANGAN TERLALU ANGKUH DI APAS







TUNTUTAN SAMAN.....Dato Jeffry mengetuai 389 orang  berpiket untuk menuntut gantirugi daripada MPT gara-gara terminum air mayat.

Oleh: SHAIMON S JUMADI                   Foto : SAFFIE S JUMADI

TAWAU : Ekoran tragedi terminum air mayat selama 7 hari setelah seorang lelaki penghidu gam mati di dalam tangki air di PPR Taman Sri Titingan, Ice Box Tawau pada  Mei 2012 lalu, tuntutan saman ganti rugi difailkan terhadap Majlis Perbandaran Tawau (MPT) diteruskan.

Insiden yang berlaku pada 20 April 2012 di mana lebih 1,000 penduduk di taman perumahan tersebut merasakan sesuatu tidak kena pada rasa air paip daripada tangki tersebut; berbau bangkai dan hanyir darah.

Sehubungan itu, seorang penduduk Taman tersebut, Man, telah membuat laporan kepada pihak pengurusan PPR Taman berkenaan,  namun mereka langsung tidak memperdulikan untuk mengambil sebarang tindakan; malahan memberi tahu  air itu telah dibubuh ubat.

Ramai di kalangan penduduk setempat kurang senang dengan keadaan rasa air yang mencurigakan, lantas menyuruh Man untuk memeriksa tangki berkenaan dan mendapati mayat yang sudah rebut terapung-apung di dalam tangki itu.

Walaupun perkara itu dilaporkan terus kepada pihak Pengurusan PPR Sri Titingan dan juga pihak MPT, mereka masih tidak percaya malahan menuduh itu satu pembohongan besar.

Penduduk taman berkenaan kesal kerana MPT telah menganiaya penduduk, terutama mengambil air wudhu yang berbau bangkai untuk mereka mengerjakan solat selama lebih satu minggu di sebuah Surau yang berhampiran di Taman Perumahan tersebut.




WAWANCARA....Jeffry sedang di wawancara mengenai kes terminum air mayat di Flat Sri Titingan.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Sabah (PPS), Dato Mohd Jeffry Rosman yang mengedalikan kes ini dan bagi pihak 1,000 penduduk Taman Sri Titingan yang merangkumi 489 unit dan 30 blok dan membabitkan 371 keluarga telah memfailkan saman ke mahkamah  terhadap MPT menuntut ganti rugi sejumlah RM100 juta.

Kes ini tambah Jeffry, sudah diketahui oleh mantan ADUN Apas, Datuk Mohd Taufiq Datuk Abu Bakar Titingan; malahan Taufiq juga yang menyuruh agar kes ini dibawa ke Mahkamah untuk membuat tuntutan ganti rugi daripada MPT.

Malangnya, tiba-tiba Taufiq telah berpaling tadah dan tidak mahu campur tangan membantu penduduk kerana yakin sebagai Wakil Rakyat  tiada siapa berani menentang beliau.

Sebagai wakil Pertubuhan Pribumi Sabah, kata Jeffry, beliau akan  meneruskan niatnya menyaman MPT kerana amat simpati dengan penduduk Flat Sri Titingan yang teraniaya dan tidak mendapat pembelaan daripada Taufiq.

“Saya tegaskan di sini, jangan salahkan 1,000 penduduk yang merupakan pengundi tegar kepada BN/UMNO selama ini sekiranya pada PRU 13 mereka berpaling tadah dan menyokong kepada parti pembangkang. Saya akan pastikan penduduk PPR Taman Sri Titingan seramai 2,000 tidak akan mengundi calon-calon BN ini sebagai satu pengajaran,” tegasnya.

Kata Jeffry, kes perbicaraan minum air mayat ini akan didengar di mahkamah pada 25 November 2013 dan beliau berharap para penduduk terlibat agar bersabar dan bersedia menjadi saksi untuk memastikan mereka mendapat pembelaan di mahkamah kelak.

“Saya juga orang kuat UMNO dan penyokong tegar BN. Apa yang saya akan buat ini untuk membela rakyat khususnya penduduk-penduduk Flat Sri Titingan yang teraniaya oleh perbuatan MPT dan Taufiq yang sedikitpun tidak ada rasa simpati; malahan cakap walaupun penduduk Flat Sri Titingan mempunyai jumah undi sebanyak 2,000 tidak  mengundi beliau pada PRU 13, Taufiq masih memperoleh kemenangan besar,” tambahnya.

Perbuatan MPT dan Taufiq ini, kata Jeffry benar-benar mencemar nama baik BN/UMNO. Jika sikap angkuh Taufiq yang berlagak sombong dan takbur; nescaya BN/UMNO akan tumbang dan nisbah  90 peratus rakyat di Apas sudah muak dan jelak melihat tingkah laku Taufiq; melainkan jika Taufiq digantikan calon lain.

1 comment:

  1. Jeffry ni jangan terlalu angkuh, siapa kau jika hanya datang untuk mengejar populariti? lupa bahawa YB Tawfiq sentiasa membantu pelajar2? lupa bahwa penduduk di situ sudah dapat masjid? lupa bahawa penduduk di situ majoritinya terima BRIM? lupa YB Tawfiq berusaha memberi bantuan pljr yatim? lupa pula YB Tawfiq baru selesai beri beras pada penduduk2 di situ?? YB Tawfiq kuat bekerja & kami amat berterimakasih dengan keberadaannya setiapkali kami telefon. mohon maaf ya.. siapa kau yang melalak mencari publisiti murahan ini?

    ReplyDelete