NYANYI.....Kelihatan
Musa (tengah) semasa menyanyikan lagu 1Malaysia pada majlis itu.
PUTATAN: Ketua Menteri Datuk
Seri Musa Aman berkata, Barisan Nasional (BN) adalah pilihan terbaik untuk
rakyat Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Sambil membayangkan bahawa
bahang pilihan raya umum semakin dekat beliau yang juga Pengerusi BN Negeri
berkata, kepentingan dan keselamatan rakyat di negeri ini akan lebih terjamin
dan terpelihara di bawah pemerintahan kerajaan BN.
“Tidak lama lagi kita akan
menghadapi pilihan raya umum, saya yakin rakyat di seluruh Sabah bijak menilai
mana kerajaan dan pemimpin yang prihatin dan baik hati kepada rakyat.
“Oleh itu apabila tiba
pilihan raya jangan lupa pangkah calon Barisan Nasional, kerana hanya kerajaan
BN yang mampu membela nasib rakyat.
“Saya yakin rakyat di negeri
ini termasuk di Putatan bijak dan pandai menilai mana satu parti yang baik dan
boleh dipercayai serta dapat menjamin masa depan kita serta anak cucu kita,”
katanya.
Beliau berkata demikian
ketika berucap pada ‘Road Show Yayasan Sabah Bersama Rakyat – Program
Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah, di Dewan Serbaguna Putatan, di sini,
kelmarin.
Turut hadir Timbalan Ketua
Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin; Pengarah Yayasan Sabah, Tan Sri Datu Khalil
Datu Jamalul; pembantu-pembantu menteri dan pemimpin-pemimpin masyarakat
setempat.
Musa turut mengingatkan
rakyat di negeri ini supaya tidak tersalah pilih dan tidak mudah terpengaruh
dengan anasir-anasir tidak bertanggungjawab pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, ini kerana parti
pembangkang tidak boleh dipercayai, sebaliknya kerajaan BN mempunyai track
rekod yang baik sejak berpuluh-pulu tahun yang lalu.
“Hasil pentadbiran kerajaan
BN negara kita makmur dan maju serta rakyat pelbagai kaum dan agama di negara
ini terbela.
“Oleh itu kita jangan
terpengaruh dengan parti pembangkang yang hanya tahu bercakap bohong dan
menabur janji tetapi tidak mampu untuk menunaikannya,” katanya. (ST)
PKR Ini Kalilah Ubah!
ReplyDeleteini kali lah..ckup la ni setan makan duit haram..hutan simpan d pdalaman dkat habis da ni mangkuk ambil..jalan gravel,tpi jmbtan simen dia bt,spya snang lori balak limpas nanti..sial pnya manusia..
ReplyDelete