Oleh : CCKK
ADAKAH mantan Ketua Menteri Sabah Tan
Sri Chong Kah Kiat bakal membuat kejutan dengan membuat penampilan semula dalam
pilihanraya umum kali ini?
Lebih mengejutkan lagi apabila
penampilan kali ini dilihat sebagai pertemuan di antara guru dan anak murid
yang sudah pastinya akan menarik perhatian bukan sahaja dalam negeri Sabah,
tetapi seluruh Malaysia.
Ura-ura mengenai Chong yang akan
bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) timbul semula selepas gambar
beliau disiarkan di salah sebuah akhbar tempatan bersama dengan Lim Kit Siang
yang membuat lawatan ke rumah beliau di Kota Kinabalu, tahun lepas.
Sejak itu, beliau sentiasa dihujani
pertanyaan samada benar beliau akan bersama dengan PR. Namun baru-baru ini,
beliau menepis sinis pertanyaan pihak media dan menyangkal dakwaan itu.
Apakah sebenarnya strategi yang
digunakan Chong dalam menafikan pertanyaan media? Apakah beliau bersama-sama
dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sepakat untuk
mengumumkan kemunculan semula beliau ini pada minit-minit terakhir agar musuh
tidak sempat menyusun strategi? Persoalan penting ialah apakah beliau sedia
bertanding?
Sumber mengatakan bahawa, jika beliau
kembali, kini beliau akan memakai ‘baju’ lambang PKR sebagai wadah politik baru
beliau. Tetapi komunikasi di antara beliau dengan pemimpin-pemimpin PR
dikatakan memang berlaku. Buat masa ini, apa yang Chong nafikan di akhbar masih
tidak boleh dipercayai sepenuhnya.
Chong Kah Kiat lawan V.K Liew di
Sandakan adalah kemungkinan tajuk akhbar yang akan membuat Presiden LDP V.K
Liew tergamam seketika, apatah lagi bila
mendengar calon yang bakal menentang beliau untuk P.186 Sandakan tidak lain dan
tidak bukan ialah bekas presiden dan guru beliau sendiri.
V.K Liew juga seharusnya berasa cemas
kerana kerusi parlimen Sandakan yang dipegangnya seolah-olah telur di hujung
tanduk.
Jika dilihat pada statistik 2008
dahulu, V.K Liew memperolehi undi sebanyak 8,297; Shanty Chong dari DAP
mendapat 8,121 undi manakala calon bebas Fong Vun Fui mendapat 2,929 undi.
Jika dijumlahkan kedua-dua undi DAP
dan bebas, ia mengatasi jumlah undi yang diperolehi V.K Liew. Sekiranya
pertarungan kali ini adalah dua penjuru, maka V.K Liew mempunyai sebab untuk
merasa ‘sawan’ kerana kemungkinan besar separuh daripada jumlah undi bebas akan
pergi kepada Chong (Kah Kiat).
Manakala sokongan yang diperolehi DAP
ketika itu dijangka kekal kepada pembangkang kerana pengundi di sana kebanyakan
masih kecewa dengan tindakan Shanty Chong yang dikatakan tidak meneruskan
tindakan beliau terhadap V.K Liew kerana tidak berpuas hati dengan keputusan
pilihanraya.
Dalam sedikit masa sahaja lagi,
pengumuman akan dibuat samada Chong akan kembali aktif. Perhatian media massa
tentunya akan tertumpu kepada parlimen ini dan diri Chong Kah Kiat.
No comments:
Post a Comment