TUKANG emas yang
berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) Jacob & Co akhirnya tampil menyokong
penjelasan isteri perdana menteri Rosmah Mansor bahawa cincin kontroversi RM24
juta yang dibawa masuk ke negara ini bukan bawah namanya atau dibeli olehnya.
Philip Nassimi, MD of Jacob
& Co rosmah ring 2Dalam sebuah wawancara video, Pengarah Barang Kemas Jacob
& Co Philip Nassimi (kiri) berkata, "Natural Fancy Blue Grade Cushion
Diamond Ring" 30.11 karat itu sebenarnya untuk dilihat oleh Maira
Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang bertunang dengan anak Rosmah,
Nooryana Najwan.
"Ia dibawa untuk
pameran dan penelitian sahaja, bukan untuk dijual - untuk perhatian Maira
Nazarbayev, (yang berada) bawah jagaan Madam Rosmah Mansor
"Oleh kerana Maira
Nazarbayev menjadi tamu di kediaman perdana menteri, barangan itu dihantar
dengan keadaan begitu.
"Alasan kenapa dalam
House Airway Bill, disebut nama Madam Rosmah Mansor, kerana untuk menghantar
barangan berharga ke Malaysia - Kuala Lumpur - ia perlu dihantar bawah jagaan
rakyat tempatan Malaysia dan bukannya warga asing," katanya.
Beliau menjelaskan, House
Airway Bill merupakan dokumen biasa untuk menghantar barangan berharga AS ke
dalam atau luar negara.
No comments:
Post a Comment