Monday 1 April 2013

EMPAT PERKARA UNTUK MENANG






BERSEMANGAT...... Azizah memberi ucapan bersemangat ketika merasmikan Program Semangat Menang di Membakut Eko Lake, Membakut.

Oleh : ABU KABAR ESAH

MEMBAKUT: Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Azizah Mohd Dun menggariskan empat perkara yang perlu ada untuk mencapai kemenangan dalam satu-satu perjuangan iaitu iman, ilmu, sokongan dan fasiliti.

Beliau berkata iman amat penting kerana ianya adalah asas utama yang menjadi seseorang itu taat setia kepada perjuangan.

“Tanpa iman kita tidak mempunyai semangat ketaatsetiaan yang tinggi terhadap perjuangan. Justeru itu semua jentera mesti memiliki kekuatan iman,” katanya.

Perkara kedua ilmu katanya, dengan adanya ilmu kita dapat mengatur strategi yang lebih berkesan dan dapat memberikan informasi yang tepat sekaligus memberi keyakinan kepada penduduk. Dengan ilmu juga kita dapat menangkis serangan-serangan lawan dan seterusnya berupaya menyerang,” katanya sambil mengulas lanjut.

“Yang ketiga ialah sokongan. Dalam perjuangan kita memerlukan sokongan padu dikalangan jentera. Kita juga mesti terus berusaha untuk mendapatkan sokongan orang ramai dari masa ke semasa.

Dan keempat kita perlu menyediakan fasiliti yang lengkap untuk bergerak dan melaksanakan strategi yang dirancang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Semangat Menang kelolaan bersama Biro Tatanegara (BTN), JASA dan Telekom Malaysia di Membakut Eko Lake di sini, kelmarin.



Hadir sama, Pengarah BTN Negeri Sabah, Datuk Ibrahim Saad, Pengurus Besar TM Sabah, Sukkuriya Masri dan Pengerusi Kelab Pro BN Beaufort, Haji Osin Jilun.
 

No comments:

Post a Comment