Wednesday 3 April 2013

GENERASI MUDA PERLU TERUSKAN PERJUANGAN






TANDATANGAN..... Azizah menurunkan tandatangan pada sepanduk Jelajah Anak Malaysia di Kg Kukut Beaufort sambil disaksikan Osin (kiri), Wong (dua kiri) dan Sahar (bertopi).

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT : Generasi muda disaran meneruskan perjuangan memerlihara kemerdekaan dan kedaulatan negara demi kesinambungan kesejahteraan hidup generasi masa depan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata nikmat kemerdekaan yang diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu tidak harus diabaikan dan rakyat khususnya generasi muda mesti bertanggungjawab memerlihara dan menjaga dengan baik apa yang telah diwarisi.

“Sejak kemerdekaan negara kita telah jauh berubah. Pembangunan secara holistik dapat dilaksanakan dengan baik sehingga membawa kesejahteraan kepada semua rakyat. Ini adalah hasil perjuangan pemimpin terdahulu dan kini tanggungjawab mempertahankan mempertahankan kemerdekaan negara terpikul di bahu generasi muda,” katanya.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias turut mengingatkan agar penduduk berhati-hati kerana dikhuatiri terdapat anasir dari luar yang ingin menakluk negara melalui era penjajah baru.

“Kita tidak perlu mengangkat senjata seperti wira, tetapi kita mesti bersatu hati menentang anasir yang ingin menjajah kita kembali. Kita juga mesti menolak pemimpin yang bersekongkol dengan pihak luar yang mahu menodai kemerdekaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan progra, Jelajah Anak Malaysia Tranformasi Rakyat di perkarangan Masjid Kg Kukut, di sini.

Hadir sama, Ketua Daerah, Wong Samie, Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Klias, Sabdin Maaruf, Pengerusi Kelab Pro BN Beaufort, Osin Jilun, Pengerusi Masjid Kg Kukut, Junsin Basrin, Presidean Gabungan Generasi Muda (G2M), Sahar Abdullah.

Pada majlis itu Azizah dan hadiri dapat berkongsi pengalaman mengenai tragedi Lahad Datu dan Semporna yang diceritakan ASP Muzafar Mahadi daripada IPD Tawau.

Azizah bersama jemputan dan orang ramai turut menurunkan tandatangan pada sependuk Jelajah Anak Malaysia dan menghulurkan derma ke Tabung Wira Lahad Datu sebelum majlis tahlil mengakhiri majlis.

No comments:

Post a Comment