KEKAL.....Pengumuman
calon-calon PKR Sabah hari ini menyaksikan hanya satu daripada tujuh calon yang
diumumkan oleh bekas pengerusi PKR Sabah, Ansari Abdullah dua minggu lalu,
kekal dalam senarai akhir.
Oleh
: AHMAD FADLI KC
NAMA
Ansari sendiri pun tidak termasuk dalam senarai akhir itu yang dipersetujui
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jonathan Yasin yang diumumkan
bertanding di parlimen Ranau oleh Ansari (kiri) termasuk dalam senarai 19 calon
PKR bagi kerusi parlimen di Sabah.
Senarai
itu dan nama 43 calon PKR bagi kerusi dewan undangan negeri Sabah diumumkan
pengerusi negeri, Ahmad Thamrin Jaini di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya petang
tadi.
Thamrin
sewaktu ditanya tentang kemungkinan tindak balas daripada mereka yang tidak
terpilih berkata, perkara itu adalah 'sesuatu yang boleh diuruskan".
PKR
akan dibantu Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang dipimpin Datuk Seri Wilfred
Bumburing dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang dipimpin Datuk
Seri Lajim Ukin.
APS
akan bertanding di lima kerusi parlimen dan 12 kerusi dewan undangan negeri
(DUN) di atas tiket PKR; manakala PPPS pula akan bertanding di empat kerusi
parlimen dan 11 kerusi DUN juga atas tiket PKR.
Lajim
akan mempertahankan kerusi parlimen Beaufort dan turut mengintai kerusi DUN
Klias dan Wilfred pula akan mempertahankan kerusi Tuaran dan turut bertanding
di kerusi Tamparuli.
Peminggiran
Ansari yang merupakan calon PKR dalam pilihan raya kecil Batu Sapi menimbulkan
persoalan baru dalam kempen PKR di Sabah.
Ansari
dilihat sesetengah pihak sebagai pilihan akar umbi dan pada masa yang sama, PKR
kini cuba menguji kekuatan barunya yang
dijalin hasil kerjasama dengan dua MP yang dahulunya merupakan anggota
BN.
Sejauh
mana strategi itu berkesan akan hanya diketahui apabila jentera parti mula
berkempen secara rasmi selepas proses penamaan calon pada 20 April ini.
Parlimen
P167
Kudat: Rahimah Binti Majid
P168
Kota Marudu: Datuk Maijul Mahap
P169
Kota Belud: Isnaraissah Munirah Binti Majlid @ Fakharudy
P170
Tuaran: Datuk Seri Pangima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred
P174
Penampang: Ignatius Dorrel Leiking
P175
Papar: Datuk Mohammad Yahya @ Yahya Bim Lampong
P176
Kimanis: Jaafar Bin Ismail
P177
Beaufort: Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
P178
Sipitang: Ramlee Bin Dua @ Ramli Dua Lee
P179
Ranau: Jonathan Bin Yasin
P180
Keningau: Stephen Sandor
P181
Tenom: Masdin Bin Tumas
P182
Pensiangan: Datuk Seri Dr Richard Sakian Bin Gunting
P183
Beluran: James Miki
P184
Libaran: Mohd Serman Bin Hassnar
P187
Kinabatangan: Mustapa Bin Datu Tambuyong
P188
Silam: Dr Badrulamin Bin Bahron
P189
Semporna: Dr Zamree @ Mohd Suffian Bin Abdul Habi
P190
Tawau: Datuk Kong Hong Ming @ Kong Fo Min
DUN
N01
Banggi: Datu Abdul Razak Bin Datu Abdul Salam
N02
Tanjong Kapor: Chin Chung Kui @ William Chin
N04
Matunggong: Jelin Bin Dasanap @ Jelani Bin Hamdan
N05
Tandek: Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandiau
N07
Kadamaian: Ukoh @ Jeremmy Bin Majalad @ Malazad
N08
Usukan: Ir Mustafa Sa'mud
N09
Tamparuli: Datuk Seri Panglima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred
N10
Sulaman: Mukhtar
N11
Kiulu: Rhodes Bin Panilau
N12
Karambunai: Muali Bin Aching
N13
Inanam: Roland Chia Ming Shen
N15
Api-Api: Liew Chin Jin
N18
Petagas: Mat Yunin @ Mohd Yunin Bin Atin
N20
Moyog: Terrence Siambun
N21
Kawang: Kefli @ Dzulkefli Bin Safar
N22
Pantai Manis: Fred Bin Gabriel
N23
Bongawan: Tan Ser Ibrahim Menudin
N24
Membakut: Narawi @ Sinar Bin Ahmad
N25
Klias: Datuk Seri Lajim Bin Ukin
N26
Kuala Penyu: Datuk Johan @ Christopher Bin OT Ghani
N27
Lumadan: Ustaz Abdul Rahman Yaakob
N28
Sindumin: Harunsah Bin Ibrahim
N29
Kundasang: Satiol Bin Indong
N30
Karanaan: Datuk Dr Muhiddin @ Mohd Anas Bin Yusin
N31
Paginatan: Amru Bin Abd Kadir
N32
Tambunan: Wilfred Win Bin Ponil
N33
Bingkor: Dato Ahmad Shah Tambakau
N34
Liawan: Paul Gitang
N36
Kemabong: Biou Suyan
N37
Sook: Liberty Lopog
N38
Nabawan: Raymond Bin Ahuar
N39
Sugut: Petrus Zabang
N40
Labuk: Datuk Tan Yong Gee
N41
Gum-Gum: Ahmad Thamrin @ Thamrin Bin Mohd Jaini
N42
Sungai Sibuga: Irwansyhah Bin Mustafa
N43
Sekong: Musah Bin Ghani
N47
Kuamut: Benson Ingam
N49
Tungku: Johani Bin Abd Halim
N50
Lahad Datu: Dr Hamid Awong @ Abdul Hamid Awong
N52
Sulabayan: Hermeny Bin Murgal
N53
Senallang: Mohd Amin Bin Abdul Mem
N55
Balung: Frank Salazar @ Franco
N56
Apas: Alizaman Bin Jijurahman
No comments:
Post a Comment