PRESIDEN kumpulan pendesak
Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali tidak terpilih sebagai calon BN untuk
mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya dalam pilihan raya umum
lalu atas tiket PAS.
BN sebaliknya meletakkan
Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Che Johan Che Pa walaupun Ibrahim
disebut-sebut bakal bertanding sebelum ini.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir sendiri secara terbuka berharap Ibrahim dipilih sebagai calon BN.
Beliau malah sanggup turun berkempen di Pasir Mas sekiranya langkah itu
diambil.
Sementara itu, veteran Umno
Tengku Razaleigh Hamzah akan mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang dan
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa pula di
Ketereh.
Datuk Seri Dr Awang Adek
Husin sekali lagi dicalonkan di Parlimen Bachok.
No comments:
Post a Comment