Tuesday, 2 April 2013

KENAPA MUHIDDIN YUSIN SERTAI PKR?






Oleh : ISMAILY BUNGSU

BERTUGAS di Jabatan Kerajaan memang selalu menahan hati kalau kita tahu ada kebobrokan/penyelewengan dilakukan oleh pemimpin politik. Apa sahaja arahan kena akur dan sesuaikan meski kekadang itu bertentangan dengan peraturan IT/Peraturan Kewangan.

Misalnya ada satu projek kos RM300 juta, maka kelulusan daripada CM/PM/MK diperlukan dan Kementerian Kewangan akan terus memberikan kontrak secara terus dan yang dapat itu biasanya orang mereka/kroni dan keluarga.

Kalau adapun kononnya diberikan secara adil, maka akan ada pelaksanaannya secara Tender Tertutup atau TERHAD yang maksudnya hanya dua tiga kontarktor saja dipanggil dan dua tiga kontraktor itu biasanya milik orang sama dan ini istilahnya sama juga seperti menyediakan makanan tentera di Sabah dan negeri lain.

Nah, keadaan ini memang menyakitkan hati pegawai kerajaan dan kelihatannya pegawai/pengarah yang diamanahkan langsung tiada kuasa dan samalah seperti LEMBU.

Mereka sebenar tidak boleh melawan sebab 'TERPAKSA' akur ikut perintah atas nama slogan ‘Saya Yang Menurut Perintah” dan keadaan ini menyebabkan yang menjalankan tugas marah tetapi tidak boleh bersuara.

Kalau bersuara, maka itu akan dikatakan sebagai penyokong pembangkang seperti saya dahulu. Meskipun saya dapat anugerah melintang/tiada kes, lalu dipindah dan tidak bergaji selama 10 bulan lebih kurang begitu.

Kesannya sesudah saya semula dipindah lagi dan saya buat keputusan undur dan tinggalkan jawatan penting dalam kerajaan. Pegawai kerajaan mesti akur hukum 'PERINTAH AM' tidak dibenar berpolitik dan menyokong pembangkang siap diambil tindakan atau dilupakan peluang naik pangkat tidak ada; sebaliknya ditekan dengan bermacam cara.

Tetapi kalau menyokong pemerintah, bukan saja naik pangkat malah diamanah menduduki kerusi Ahli Lembaga Pengarah di syarikat atau lembaga meski tidak berkelayakan dan inilah bezanya.

Nah, isunya kenapa Datuk Muhiddin Yussin, selaku mantan Pengarah Pendidikan Sabah setelah bersara menyertai parti PKR/PAKATAN? Mantan pengarah ini kawan baik saya dan kami semacam adik beradik di tahun 1977 dan selalu tidur/tinggal di rumah saya di Kota Kinabalu bersebelah Maktab Gaya kerana ketika itu dia belajar di Maktab Gaya.

Kekadang hujung minggu kami bersama Marzuki Ali naik keretapi ke Beaufort dan petang ke kampung saya dan tidur di kampung dan pernah mandi di sungai Kg Brunei Membakut.

Tanyalah dia! Dia ini jenis orang lurus/solat tidak pernah tinggal/di mana saja kedengaran azan kami tetap ke masjid dan solat. Jadi saya faham sangat kedudukannya dan itu cukup jujurnya manusia yang pernah saya temui selama ini.

Nama RASUAH dia 100% tidak ada. Saya melihat Jabatan Pendidikan ini sejak dahulu hingga kini saya tahu keadaannya dan kekadang projek nilai RM80,000 hanya dibelanjakan RM20,000 dan itu sebab keadaan binaan asal ada sahaja, tetapi tidaklah semuanya.

Ada juga yang dilaksanakan secara benar mengikut spesifikasi kerja yang ditentukan. Yang sejak kebelakangan ini projek ubahsuai misalnya sudah ada orang yang empunya; meski Pengarah Pendidikan belum tahu projek yang berkenaan.

Malangnya, dari meja JPS sudah ada tuan punya atas arahan atasan dan kerusi/meja Pengarah hanyalah laluan restu sahaja atau tidak punya kuasa atau kalau projek itu ratusan juta, maka kelulusannya dari Malaya dan biasa arahan PM/Menteri kewangan kepada Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan.

Malah EPU dan sebagainya turut bersekongkol. Keadaan semacam ini bukan saja berlaku di Jabatan Pendidikan, malah juga berlaku di Kementerian lain dan yang selalu mendapat projek ialah macai-macai menteri atau keluarga kroni terdekat.

Kalau adapun untuk orang bawahan hanyalah projek bersih parit yang kosnya hanyaRM5,000 dan yang dapat ialah ketua-ketua cawangan dan itupun kos bersih parit hanyalah RM450 dan yang RM4,500 keuntungan dibahagi-bahagi termasuk sewa lesen 5%.

Masih ingat projek RM160 juta komputer Sabah dan laporan audit negara ada ketirisan/Rasuah sebab hanya satu dua sekolah sahaja berfungsi dan yang lain gagal.

RM160 juta bukannya RM160 ringgit dan sama seperti lembu Sharizat RM250 juta. Kesannya negara berhutang lebih RM500 bilion dan ini hutang Rakyat bukan hutang BN.

Jika Pakatan berjaya merampas Putrajaya, maka bermakna deritalah membayar hutang. Semua pengarah atau pegawai tahu keadaan ini dan mereka tidak boleh berbuat apa-apa selain diam, tahan rasa kerana mahu marah sama siapa?

Lalu ada yang tidak tahan terus melawan tetapi kesannya ditekan macam saya dan akhirnya mengalah/tetapi saya lebih senang dan 'happy' sebenarnya. Nah, kenapa pegawai kerajaan bila bersara tidak menyokong kerajaan?

Jawabannya sudah ada dan tidak perlu lagi saya jelaskan. Lalu ada juga yang bertanya kenapa dalam kerajaan dulu tidak bersuara? Jelas yang bertanya ini tidak faham peraturan kerajaan 'AKU JANJI' dan hukum hakam dalam Perintah AM itu sendiri dan yang tidak faham kena faham ini. Persoalannya kenapa Muhiddin Yussin sertai PKR dan tidak BN?

Jawabannya sudah saya katakan di atas dan ada pula menyatakan konon Muhiddin Yussin tidak mengenang budi dan dia bercita-cita mahu jawatan yang lebih tinggi. Jelas ini salah sebab dia bukan jenis begitu dan dia sendiri sepatut sudah lama duduki kerusi berkenaan. Pernah dia sudah dijadual duduki satu unit naik pangkat tetapi dipintas oleh bawahan dan dia tetap bersabar.

Pernah rosak keretanya, tetapi dia tidak guna kereta kerajaan dan rela duduk di bas stop depan federal untuk pulang ke Petagas di rumahnya dan pernah merasmikan acara di Kota Belud dan dia ke sana dengan proton saga buruknya.

Inilah namanya insan yang dulu saya panggil dia 'MY ANAS' kerana terkenal kesan penulisan puisinya yang bagus. Saya doakan dia terus Berjaya dan Berjaya/kalaupun tidak Berjaya; itu sesungguhnya kemenangan yang tertangguh dan di syurga tetap menerima sesuatu yang cukup hebat dari Allah yang satu. Amin!

No comments:

Post a Comment