Thursday, 18 April 2013

KENAPA PENCALONAN JAMAWI DIBATALKAN?





PENJELASAN..... Kelihatan Sabile Ahunang serius meminta urusetia pusat memberi penjelasan kepada mereka.

 Oleh: JACOB BALANG

TENOM: Selang beberapa hari lagi untuk penamaan calon pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) berlangsung pada Sabtu ini, Barisan Nasional (BN) khususnya pergerakan pemuda Umno secara tiba-tiba beragam lagi dengan melakukan bantahan secara aman di perkarangan pejabat perhubungan pergerakan itu.

Mereka mula berkumpul kira-kira jam 9 pagi pada Khamis dan dihadiri seramai kira-kira 200 orang; antara lain bertujuan untuk membantah penarikan balik pencalonan ketua mereka, Jamawi Jaafar yang dikatakan telah pun menerima watikah pencalonan tetapi ditarik balik di saat-saat akhir.

Ketika pengumuman awal di PWTC Kuala Lumpur, difahamkan Jamawi Jaafar diumumkan sebagai calon Parlimen Tenom untuk menggantikan penyandangnya, Datuk Raime Unggi yang digugurkan selepas berkhidmat di kawasan itu selama dua penggal.

Bagaimana pun, ekoran perubahan itu, telah menimbulkan kemarahan di pihak penyandang terutamanya beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Tenom lalu membuat bantahan yang menyebabkan berlaku penarikan balik watikah percalonan Jamawi Jaafar.




SOKONG.....Para penyokong Jamawi Jaafar terus tegak berdiri teguh dengan slogan mereka mahu Jamawi memimpin mereka.


Dalam pada itu, Naib Ketua Pemuda Umno Tenom Sabile Ahunang yang turut sama dalam proses bantahan secara aman itu ketika ditemui berkata,

“Kami bukan membuat demonstrasi di atas keputusan penarikan balik watikah pencalonan Jamawi; tetapi kami buat bantahan itu untuk meminta penjelasan daripada pihak urusetia pusat atas dasar apa dan sebab apa pencalonan Jamawi Jaafar ditarik balik?" katanya.

Kata Sabile lagi, pihaknya meminta mereka perjelaskan kepada penyokong kami kerana selepas insiden penarikan balik watikah itu, kami telah dihujani pelbagai pertanyaan daripada penyokong akar umbi...(dan) lebih baik mereka sendiri yang menjelaskannya..

Sabile menambah, penarikan itu sesuatu yang amat malang bagi perjuangan pemuda selama ini kerana apa yang dihajati mereka semata mata inginkan perubahan dari aspek kepimpinan supaya kawasan berkenaan lebih progresif dalam pembangunan sekiranya ia diterajui pemimpin yang lebih berwibawa.

No comments:

Post a Comment