LANCAR.....Najib pada pelancaran
manifesto di stadium semalam.
Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
KUALA LUMPUR : Datuk Seri
Najib Razak cuba mendapatkan sokongan rakyat Malaysia untuk Barisan Nasional
(BN) malam tadi dalam apa yang dilihat sebagai pendekatan kempen ala presiden
untuk Pilihan Raya 2013, oleh kerana populariti gabungan yang beliau pimpin
masih dibelakang populariti peribadinya.
Pengerusi BN itu bertanya
kepada penyokong yang hadir di Stadium Putra Bukit Jalil siapa mereka yang
letakkan kepercayaan untuk memimpin negara — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim, parti komponen Pakatan Rakyat (PR), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang, atau dirinya.
Penyokong-penyokong yang
memakai baju biru warna BN yang memenuhi stadium itu berdiri dan menyahut
“Najib!, Najib!” dengan kuat.
“Kalau rakyat Malaysia
jawapannya Najib, maka sokonglah dan undi BN, kerana saya tidak boleh
melakukannya bersendirian, saya perlukan pasukan saya,” katanya kepada
penyokong yang turut bersorak.
Ketika ditanya pemberita
kemudiannya, sebelum beliau meninggalkan stadium, Najib hanya tersenyum dan
berkata “Thank You” kepada komen yang mengatakan beliau umpama presiden ketika
melancarkan manifesto BN untuk pilihan raya umum (PRU)13.
Stadium Bukit Jalil
sepenuhnya dengan penyokong BN.Bulan lalu, The Malaysian Insider melaporkan
Najib menggunakan pendekatan kempen Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama
pada 2008 untuk mendekati pengundi kali pertama Malaysia secara langsung dengan
“Kit Tindakan” tertulis slogan “Kami Menyokong Najib Razak”.
Sumber dalam BN memberitahu
sebelum ini 3.3 juta pengundi kali pertama akan menjadi kunci kepada prestasi
gabungan pemerintah dalam PRU 13.
Penyokong dengan salinan
manifesto.Gaya ala presiden Najib menjelang PRU13 juga boleh dilihat dalam
ucapan ala “State of Union” — sama seperti di AS — apabila beliau mengumumkan
kad laporan kerajaan dan pencapaian di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP)
dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Inisiatif perdana menteri
kerajaan sementara itu telah membuatkan beliau lebih popular dari kerajaan BN
dengan tinjauan terbaru Merdeka Center menunjukkan kadar kelulusan beliau 61
peratus pada Febuari, menurun berbanding 63 peratus Disember lepas.
Kedua-dua kerajaan dan parti
beliau telah menjaringkan hanya di atas 40 peratus penilaian kelulusan dalam
kajian sama, mencerminkan kepentingan beliau kepada usaha-usaha BN untuk
mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga yang hilang dalam Pilihan Raya
2008.
BN akan melawan pembangkang
persekutuan Pakatan Rakyat (PR) untuk sokongan daripada 13.3 juta pengundi di
222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan
raya yang mungkin akan diadakan bulan ini.
Slogan menyokong BN.Sumber
mengatakan BN yakin untuk mendapatkan semula parlimen majoriti dua pertiga
dalam pilihan raya umum akan datang di negara ini manakala musuh mereka yakin
mempertahankan apa yang diperolehi dalam Pilihan Raya 2008.
BN dijangka akan mengumumkan
senarai calon pada Selasa depan dengan sumber mengatakan 40 peratus terdiri
daripada muka-muka baru. PR telah menamakan beberapa calon tetapi dijangka akan
mengumumkan senarai penuh sebelum hari penamaan calon.
Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) akan bertemu pada Rabu untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan
hari mengundi.
No comments:
Post a Comment