Oleh : MUTALIB M.D
PENANGKAPAN dan pertuduhan
terhadap suspek Koperal Hassan Basri daripada Polis Cawangan Khas Lahad Datu di
bawah Seksyen 130M iaitu melakukan komplot jenayah hanyalah 'Tip Of Iceberg'
dan PDRM wajar melakukan siasatan lebih terperinci dengan mengheret 'Musang
Berbulu Ayam dalam PDRM' yang selama ini bersekongkol dan melindungi PATI dan
pengganas.
Penangkapan seorang lagi
pegawai Polis Marin yang sedang disoal siasat dan belum dihadapkan ke mahkamah hanyalah
'Berita Di Sebalik Cerita' sebenar yang tidak diketahui oleh Polis Malaya;
tetapi diketahui oleh Warga Felda terutama Pegawai Kanan Felda yang sudah silih
bertukar ganti.
Sekitar 1995, ada pihak yang
telah melaporkan bahawa Hassan Basri telah melindungi PATI yang bernama
Benjamin (berbangsa Timur) dan keluarganya seramai 12 orang di kebun milik
Hassan di Jalan Silam, namun laporan tersebut tidak diendahkan sekalipun
laporan kedua dibuat pada 2002 ketika Tan Sri Chong Kah Kiat menjadi Ketua
Menteri Sabah.
Benjamin adalah banduan yang
dipenjara kerana terlibat dalam Skandal IC Palsu dan Wang Palsu. Setelah
dibebaskan dan dihantar balik ke negara asalnya, Indonesia, Hassan Basri telah
menggaji Benjamin sekalipun ketika itu beliau tahu Benjamin adalah PATI yang
memasuki negara ini secara haram.
Penglibatan Hassan Basri
dengan insiden Tanduo hanyalah di peringkat berkomplot dengan Pengganas Sulu yang
kebanyakannya 'Warganegara Penyu' (Pemilik IC Projek) yang telah lama
bergelumang dengan kegiatan jenayah termasuk penyeludupan rokok, syabu dan
barang bersubsidi dari bumi Lahad Datu ke Tawi-Tawi dan Zamboanga.
Penangkapan Hassan dan
beberapa orang pegawai polis (Marin) tidak menyelesaikan masalah penyelewengan
dan khianat kerana memerlukan penubuhan RCI bagi menyiasat 'Sikitul' yang
bersembunyi di sebalik jawatan dan pakaian seragam; demi untuk masa hadapan
Sabah yang gemilang.
Kampung Tanduo adalah 'Zon Gelap'
seperti Pulau Languyan di Filipina kerana majoriti PATI mendarat di Tanduo dan
Syurga bagi penyeludup barang bersubsidi seperti beras, tepung gandum, gula,
minyak diesel, baja dan barangan haram seperti minuman keras, rokok dan dadah.
Sebelum 'Pengganas Sulu' mendarat
di Tanduo atas jemputan 'Komander Mat Bom', penduduk sudah lama melaporkan
kehadiran kumpulan berpakaian seragam dan kemasukan senjata api kepada Ketua
Kampung di sekitarnya, termasuk Yang Berhormat; tetapi semuanya 'bagai ayam
Jantan kehilangan telur' tidak berani bertindak kerana tidak mahu menanggung
risiko diculik atau dibunuh pengganas.
'Sikap Tidak apa' dan
bertolak ansur dengan pengganas telah menyebabkan Bumi Tanduo yang indah
disirami darah perwira; malah Kampung Tanjung Batu, Sungai Nyamuk, Sungai
Merah, Tegupi, Tanjung Labian dan Lok Buani musnah dalam pertempuran yang boleh
dihindarkan jika pasukan keselamatan mendengar rayuan penduduk kampung
membentengi mereka daripada Pengganas yang terkepung.
Namun PDRM belum sedar
bahawa begitu ramai pegawai kanan polis yang terlibat dengan penyeludupan
manusia dan hidup mewah dengan menjalankan kontrak kerja atau 'merampas' ladang
kelapa sawit di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan yang telah dikeluarkan
daripada Felda Sahabat secara bersindiket.
Ramai pegawai kanan polis,
termasuk yang sudah meninggal dunia, berpencen atau bersara sukarela yang
melakukan kegiatan berkenaan secara terang atau bersembunyi di sebalik nama
isteri dan sanak saudara; demi untuk memperkayakan diri dengan menghalalkan
cara, termasuk menggaji PATI yang ditangkap dan bersubahat dengan Pegawai Kanan
Felda untuk menjual buah kelapa sawit yang sebenarnya ditanam Felda tetapi
dikeluarkan setelah pengukuran semula.
Kegiatan pengganas di
Tanduo, Tanjung Batu, Sungai Nyamuk, Sungai Merah, Tanjung Labian, Lok Buani
dan sebagainya telah lama berlaku tetapi disembunyikan pegawai polis yang
rasuah dan mencari makan sehinggalah menyembunyikan kematian dua anggota RELA
di Lok Buani sekitar 1996-1997 dan pernah disiarkan oleh akhbar tempatan dan
nasional.
Penglibatan Ahmad Malandi @
Mat Bom dalam isu tuntutan tanah dan berakhir dengan pencerobohan oleh 76
pengganas Sulu (6 daripadanya wanita) sebelum mereka menggaji lebih daripada
200 WargaPenyu yang memiliki MyKad Malaysia melalui 'IC Projek Mahathir'.
Wargapenyu ini telah
direkrut dan ditawarkan gaji antara RM1,000 hingga RM1,600 USD (mengikut
pangkat) sebulan sebagai 'Pengawal Keselamatan' beruniform untuk menjaga tanah
Mat Bom tiba-tiba terkejut apabila mereka dijenamakan semula sebagai 'Tentera
DiRaja Sulu' yang terpaksa berjuang untuk mendapatkan 'kedaulatan' Sabah oleh
Sultan Palsu, 'Setan Paduka Mahashari Maulana al Sultan Mohammad Jamalul Kiram
III ibni Almarhum Sultan Punjungan al Shariful Hashim.
Ketua Polis Negara dan
Panglima Angkatan Tentera sepatutnya belajar daripada kesilapan kerana
Sabahkini.net telah menyalurkan maklumat lebih awal (berdasarkan risikan dan
maklumat pendudukkampung) kepada mereka (Polis) bahawa pengganas sudah memasuki
Kampung Tanjung Batu, Pasusul dan bertebar ke Kembara Sakti; tetapi tidak
mendapat sebarang maklum balas sehinggalah 30 penduduk kampung ditawan pengganas
di Tanjung Batu; juga diremehkan PDRM.
Bezanya 'Panglima perang' di
zaman Rasulullah ialah mereka berada di medan hadapan dan bukannya duduk
bersantai di resort ketika perwira negara bertarung nyawa. Paling menjengkelkan
ada pegawai kanan kerajaan mengatakan bahawa Kampung Tanduo yang ditutup pihak
berkuasa dan 20 keluarga 'penduduk tempatan' yang tinggal di situ akan
ditempatkan di kawasan baru; akan dijadikan 'Pusat Pelancongan' adalah kenyataan
yang paling tidak bermaruah.
Kampung Tanduo adalah salah
satu daripada 13 Kampung tradisi yang telah dirampas FELDA kerana termasuk
dalam Zon Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan setelah Kerajaan Berjaya menyerahkan
245,000 ekar tanah adat kepada Felda untuk dibangunkan sebagai kawasan
penempatan semula masyarakat nelayan dan miskin dari seluruh Sabah; sebaliknya
membatalkan lebih 3,000 geran tanah yang telah dikeluarkan RSP, Surat Tawaran
dan geran draf.
Namun malangnya FELDA mungkir
janji dan menjadikan Semenanjung Dent sebagai 'Lombong Emas' dan menjadi zon
menternak PATI dan menyuburkan kegiatan keganasan. Ikuti episod akan datang 'FELDA
Lindungi Pengganas?'
No comments:
Post a Comment