Saudara Pengarang,
SEJARAH bakal tercatit pada
PRU 13 kali ini, di mana dua orang Jenderal parti utama Gabungan BN iaitu MCA
dan Gerakan itu, awal-awal lagi sudah angkat bendera putih.
Walaupun hari penamaan calon
masih ada seminggu lagi, namun mereka sudah akun kalah, takut dimalukan rakyat,
mereka sedar siapa diri mereka di kaca mata rakyat, terutamanya di hati
masyarakat Tiong Hua.
Jika kedua-dua Jenaral parti
utama ini tidak mahu dan berani masuk ke medan tempur, macam mana pula mahu
diharapkan tentera lain, atau calon lain dari kedua-dua parti ini mahu mencapai
kemenangan pada PRU 13 kali ini.
Sememang kedua-dua Presiden
parti MCA dan GERAKAN ini, antara parti terbesar yang mewakili kaum Tiong Hua
dalam kelurga BN, akan tetapi persoalan kita sekarang adakah kaum Tiong Hua ada
keyakinan lagi terhadap MCA dan GERAKAN ini?
Dengan presiden sendiri pun
tiada keyakinan untuk menghadapi rakyat, inikan pula calon lain. Sememangnya
MCA dan GERAKAN sudah sah jadi parti tidak relevan lagi di kaca mata masyarakat
Tiong Hua hari ini.
Sesuatu yang amat mengecewakan
UMNO kerana kegagalan kedua-dua parti ini, boleh membawa malapetaka besar
terhadap BN kali ini, sentimen anti BN kaum Tiong Hua terhadap BN hari ini disebabkan
kegagalan kedua-dua parti ini memperjuangkan nasib kaum Tiong Hua; seperti
pendidikan, hak sama rata semua kaum, Dasar Ekonomi Baru.
Masyarakat Tiong Hua
menganggap MCA dan GERAKAN hanya menjadi BADUT pada 'Abang Besar Umno' dan tidak
berani bersuara, terhadap isu-isu melibatkan kepentingan masyarakat Tiong Hua.
Sememangnya kaum Tiong Hua
kecewa terhadap MCA dan GERAKAN ini kerana gagal menyuarakan kepenting mereka
terutama dalam banyak hal seperti tindakan Ibrahim Ali memberikan angpau putih
pada warga emas Tiong Hua; yang jelas seperti menyumpah orang supaya cepat
pergi ( meninggal ) dan istiharkan mahu bakar Kitab Suci 'Bible' yang ada
perkataan ALLAH.
Serangan kurang ajar yang
menyuruh kaum Tiong Hua supaya balik ke negara China jika tidak suka di Malaysia,
tetapi di manakah suara-suara MCA dan GERAKAN di masa kaum Tiong Hua
diperlakukan sedemikian?
Jesteru itu kita tidak
hairan jika minda masyarakat Tiong Hua ini terhadap BN, terutamanya MCA dan
GERAKAN, sememangnya sudah pudar dan tiada keyakinan lagi. Oleh itu kita akan
pasti akan melihat satu lagi Tsunami politik dalam lanskap masyarakat Tiong Hua
kali ini.
Salam Hormat
MOHD DANIAL ADULLAH
No comments:
Post a Comment