WAWANCARA....Amiruddin
sedang ditemubual mengenai masalah di PPR Taman Sri Titingan yang tiada
pembelaan.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SRI TANJUNG (TAWAU) : Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak PPR Taman Sri Titingan Ice Box Tawau,
Amiruddn Rasake mendedahkan beberapa kepincangan dalam pentadbiran yang
dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Tawau (MPT) yang tidak telus dan tidak
ikhlas menyediakan kemudahan asas dan pengagehan perumahan kepada rakyat
setempat di Tawau.
Dalam sistem kadar bayaran
harga sewaan rumah di PPR Sri Titingan
tidak diseragamkan dan tidak
selaras seperti mana yang terdapat di
daerah Sandakan.
Katanya, di Sandakan semua
Program Perumahan Rakyat seperti
di Taman Mesra, Taman Murni dan PPR Gum-Gum juga adalah di bawah urus tadbir Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) dan sistem harga sewaan diseragamkan tidak mengikut kedudukan
tingkat. Contohnya dari tingkat 1 hingga
ke tingkat 4 harga sewaan sama rata iaitu RM140 sebulan.
“Tetapi di Tawau, khususnya
di PPR Taman Sri Titingan amat berbeza dan mengikut tingkat. Jika seorang
penghuni duduk di tingkat 1, maka kadar bayaran sewaan sebulan ialah RM200
manakala dari tingkat 2 hingga ke tingkat 3 harganya RM170 hingga RM180. Inilah
yang menjadi beban kepada rakyat sekarang di Tawau,” jelas Amiruddin.
PEMANDANGAN...Inilah
PPR Taman Sri Titingan yang bertimbun masalah tetapi tiada kesudahannya.
TANGKI
AIR....Inilah tangki air di PPR Sri Titingan salah satu tangki tersebut yang mengandungi air mayat.
Amiruddin berkata demikian
kepada Sabahkini.Net semasa di wawancara eksklusif kelmarin kerana tidak puas
hati dengan apa yang telah dilakukan oleh MPT terhadap rakyat di Tawau.
Selain kadar sewaan yang
menjadi masalah besar kepada penduduk setempat di PPR Taman Sri Titingan,
tambah Amiruddin, masalah bil air yang dikenakan kepada penghuni di perumahan
tersebut juga menjadi kemarahan kerana sistem yang diguna pakai oleh MPT tidak
kemaskini.
Ada yang duduk sehingga
lebih 8 keluarga dalam satu lot dikenakan bayaran air sebulan cuma RM20 sahaja;
sementara bagi keluarga yang tinggal
hanya 4 orang kadar bayaran bil air yang dicaj mencecah RM80 sebulan.
"Adilkah ini namanya? Kenapa
MPT terlalu menekan rakyat, khususnya penduduk di flat berkenaan?,” tanya
Amiruddin.
Amiruddin menambah, ekoran perbuatan kejam yang terlalu
menindas rakyat khususnya di Flat Sri Titingan, cukup jelas bakal mengundang
kekalahan besar kepada calon-calon BN yang
bertanding pada PRU 13 ini kerana impaknya kena kepada kerajaan BN dan
juga kepada calon BN sendiri.
“Rakyat sudah bosan dengan
karenah para pemimpin UMNO/BN yang tidak sedikitpun tiada rasa simpati atau
rasa belas kasihan terhadap rakyat, khususnya penduduk di Flat Sri Titingan
yang sentiasa tertekan akibat perbuatan kejam pihak tertentu, khususnya MPT yang
terlalu memeras penduduk dan tidak bertanggung jawab,” ujarnya.
Kata Amiruddin lagi, kerajaan
BN/UMNO memang cukup bagus kerana membela nasib rakyatnya tanpa mengira fahaman
ideologi politik; tetapi wakil rakyat yang dipilih berperangai 'syaitan yang
bertopengkan manusia' dan jika terus dipilih pada PRU-13' maka 2,000 pemilih
berdaftar akan memastikan calon berkenaan berputih mata.
“Saya akan pastikan kalau
Taufiq juga masih calon Apas, maka kita
akan tentang habis-habisan. Jangan undi BN pada PRU 13 ini. Beri sahaja undi kita
kepada pembangkang. Tiada gunanya kalau kita menolong Taufiq yang diibaratkan
petualang dan duri dalam daging kepada kerajaan BN. Beliau mencari kesenangan
dan mengaut kekayaan untuk dirinya dan keluarganya; sementara rakyat menderita.
Bagus tukar karajaan baru lebih baik yang ada sekarang,” tegas Amiruddin.
No comments:
Post a Comment