Saudara Pengarang.
PENGERUSI MCA Labuan, Datuk
Chin Hon Vui mengatakan pada Bernama majoriti daripada lebih 5,000 pengundi
kaum Cina di Labuan akan tetap menyokong calon BN.
Di sini kami ingin bertanya
tanya pada beliau, "Who Are You?" sehingga begitu yakin majoriti kaum
Cina Labuan akan undi BN. Kami bukan ahli politik tapi kenyataan beliau amat
kecewakan kami seolah-olah Datuk Chin mewakili pihak kami membuang undi.
Kami sudah dua kali mengundi
dan ada yang sudah empat kali. Kami memang undi BN selama ini kerana Dato seri
Najib memang layak jadi PM Malaysia. Kami kasihan Datuk Seri Najib kerana yang bakal
menjatuhkan beliau pada PRU 13 ini adalah menteri kabinet dan pegawai kerajaan
atasan yang korup dan menyalahgunakuasa selama ini sehingga rakyat terlampau memaki hamun terhadap kerajaan.
Kali ini kami terpaksa berfikir
tiga kali jika mahu undi BN. 3 mantan wakil rakyat di Labuan semuanya 'sekati
enam belas tahil'. Apa yang ada di Labuan? Barang semua mahal. Tiga lesen feri
kenderaan diberi kepada kroni BN tetapi sehingga sekarang hanya dua syarikat
beroperasi. Tambahan pula Labuan sekarang pun menjadi Pulau Maksiat terkenal di
dunia daripada 'oil and gas' hub.
Kami tidak perlu MCA atau
Dewan Perniagaan Cina mewakili warga Labuan kerana cuba kamu lihat muka mereka.
Siapa yang bersubahat dengan sindiket penyeludupan diesel di perairan Labuan
dan muka siapa yang bersubahat dengan tauke pusat hiburan di Labuan menjalankan
kegiatan maksiat dan mengutip habuan bulanan untuk pihak berkuasa tempatan
setiap bulan. Kami tidak payah nyatakan nama mereka di sini kerana kami pasti
warga Labuan sudah tahu siapa dia.
Wahai Penduduk Labuan. Kita sudah
bagi peluang kepada bekas tiga wakil rakyat daripada UMNO dan apa terjadi pada
Labuan kini? Barang Mahal dan Pelacuran berlesen banyak di Labuan. Marilah kita
sama sama bersatu hati memberi peluang kepada PKR untuk tempoh lima tahun sahaja
kerana kita sudah beri puluhan tahun kepada UMNO.
Salam Hormat,
IP MAN - WARGA LABUAN.
No comments:
Post a Comment