Sunday, 21 April 2013

PERTEMBUNGAN SONGSANG UNTUNGKAN BN






Oleh : BOO SU-LYN

KUALA LUMPUR  : Pertembungan beberapa penjuru di seluruh Sabah dalam Pilihan Raya 2013 akan menguntungkan Barisan Nasional (BN) terutamanya di kawasan yang pembangkang lemah, kata penganalisis hari ini.

Mereka, walau bagaimanapun menegaskan, pertembungan beberapa penjuru bagi pilihan raya umum 5 Mei tidak akan menjejaskan peluang pembangkang untuk menang di kerusi Parlimen seperti Keningau atau Beaufort dimana pengundi memilih berdasarkan personaliti berbanding parti politik.

“Pertembungan beberapa penjuru akan mengurangkan peluang pembangkang untuk menang kerusi secara maksimum,” kata penganalisis politik dari Sabah, Dr Arnold Puyok kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Di kawasan di mana pembangkang tidak kuat, pertembungan beberapa penjuru mungkin menguntungkan BN, akan tetapi di kawasan dimana faktor personaliti melebihi faktor parti, pertembungan beberapa penjuru tidak menjejaskan peluang pembangkang,” tambah beliau.

Puyok menjangkakan pembangkang boleh menang diantara lima hingga enam kerusi Parlimen di negeri Borneo itu seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Beaufort, Pensiangan dan Ranau berbanding satu kerusi pada Pilihan Raya 2008 dimana DAP menang di Kota Kinabalu.

Penganalisis politik itu mengatakan sentimen pro pembangkang dikalangan masyarakat Cina tinggi di Kota Kinabalu dan Sandakan, manakala calon PKR Richard Sakian Gunting dan Jonathan Yasin popular di Pensiangan dan Ranau.

Pertembungan beberapa penjuru berlaku di Sabah diantara BN, parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR), parti pembangkang tempatan SAPP dan STAR dan sejumlah calon bebas pada Hari Penamaan Calon hari ini.

Kerusi Keningau akan menyaksikan pertarungan diantara dua jaguh penyandang kerusi Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dari PBS dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang merupakan pengerusi STAR dan adiknya.

Stephen Sandor dari PKR turut masuk gelanggang menjadikannya pertembungan tiga penjuru.

Puyok mengatakan Jeffrey mungkin menang kerusi Keningau kali ini, mengingatkan beliau berkerusi roda sewaktu melawan Pairin kali pertama pada Pilihan Raya 2008, dimana beliau kalah dengan 4,264 undi.

“STAR Jeff, kelihatannya, mempunyai jentera kempen yang lebih tersusun kali ini.. Jeff kelihatan lebih bertenaga sekarang dan mampu menarik penyokongnya dengan gaya kempen unik STAR,” kata Puyok.

STAR dan SAPP berkempen untuk menggembalikan autonomi Sabah manakala PR memberitahu pengundi untuk memilih diantara mereka dan BN, dalam rancangan pakatan pembangkang itu untuk merampas Putrajaya dalam pilihan raya 5 Mei.

Satu lagi pertembungan tiga penjuru akan berlaku di kerusi Parlimen Beaufort diantara penyandang Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggalkan Umno untuk menubuhkan PPS yang mesra PKR, Guan Dee Koh Hoi dari STAR dan Datuk Azizah Mohd Dun dari Umno.

Penganalisis politik Profesor Dr Jayum Jawan dari Sarawak mengatakan Lajim mempunyai sokongan kuat.

“Beliau dianggap sebagai pemimpin orang Bisaya. Kerusi itu amat sukar. BN perlu kerja lebih keras untuk menang,” kata Jayum kepada The Malaysian Insider.

Lajim menang di Beaufort pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti besar iaitu 10,914 undi.

Jayum turut mengatakan pertembungan pelbagai penjuru diantara parti pembangkang akan memberikan kelebihan kepada BN, tetapi mengatakan calon bebas tidak akan memberikan impak besar kerana kurang mempunyai sokongan akar umbi.

Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menjangkakan pembangkang boleh menang enam hingga tujuh kerusi Parlimen di Sabah termasuk kawasan bandar seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau – kurang lebih separuh daripada 25 kerusi Parlimen yang beliau jangkakan beberapa bulan lalu.

“Tetapi saya fikir kerana pertembungan beberapa penjuru, itu akan mengurangkan angka kerusi Parlimen,” kata Jayum.

Kota Kinabalu akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru diantara Jimmy Wong dari DAP, Chin Tek Ming dari PBS dan Liew Hock Leong dari STAR.

Sandakan bagaimanapun akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu diantara penyandang kerusi Datuk VK Liew dari LDP dan Wong Ten Fatt dari DAP.

Pertembungan empat penjuru berlaku di Tawau dimana penyandang kerusi Datuk Dr Chua Soon Bui dari SAPP akan mempertahankan kerusinya melawan Datuk Mary Yap dari PBS, Datuk Kong Hong Ming dari PKR dan calon bebas Ahmad Awang.

Penganalisis politik Dr Faisal S Hazis mengatakan penyandang Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing yang keluar dari UPKO dan menubuhkan APS yang mesra PKR, popular di kerusi Parlimen Tuaran berbanding Datuk Wilfred Tangau dari UPKO, Jasmin Dulin dari STAR dan calon bebas Erveana Ansari Ali dalam pertembungan empat penjuru.

“Secara amnya anda boleh melihat calon berasaskan personaliti bertanding, terdapat dua parti utama bertanding,” kata Faisal dari Universiti Malaysia Sarawak. (TMI)

No comments:

Post a Comment