KOTA KINABALU: Sembilan individu
termasuk dua wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu
telah ditahan polis dalam tangkapan berasingan di beberapa kawasan di Beluran
pada malam Selasa dan pagi kelmarin.
Pesuruhjaya Polis Sabah,
Datuk Hamza Taib berkata dalam tangkapan jam 8 malam dan 10 pagi itu,
membabitkan tujuh rakyat asing dan dua warga tempatan. Hasil pemeriksaan turut
menemui beberapa senjata seperti parang, dokumen dan wang tunai dalam tangkapan
berkenaan.
“Kita telah menahan tujuh
lelaki dan dua wanita dalam tangkapan berasingan itu yang kesemua berusia
lingkungan 20an hingga 50an di sebuah kampung di kawasan Beluran kerana
dipercayai mempunyai petunjuk dan keterangan-keterangan terlibat dengan
pengganas Sulu dari selatan Filipina ini.
“Mereka semua kini ditahan
di Ibu Pejabat Polis Sandakan dan siasatan akan dijalankan mengikut Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma),” katanya.
Beliau berkata demikian
dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, kelmarin.
Sementara itu dalam
perkembangan berasingan, Hamza mendedahkan pasukan keselamatan telah
mengebumikan 17 mayat pengganas di satu lokasi kelmarin.
“Untuk makluman, pihak
pasukan keselamatan telah mengkafan, memandikan serta disolat-jenazahkan pada
hari ini (kelmarin) dan dikebumikan di satu kawasan di Sabah ini,” katanya.
itukah antara muka2 9org tu??
ReplyDelete