Thursday 4 April 2013

PROJEK PIA DAN PIAS RANCAKKAN PEMBANGUNAN







RASMI...V.K Liew  sedang menekan skrin komputer bagi merasmikan  Pelancaran Undian Projek PIA-PIAS Daerah Sandakan.

Oleh: SHAIMON S JUMADI                  Foto : SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN : Timbalan  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberikan peluang sama rata  kepada semua Kontraktor Bumiputera terutamanya Kelas ‘G1’  yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Kontraktor Kelas 'F' Pusat Pendaftaran Kontraktor Negeri Sabah (PUKONSA).

Katanya, untuk mendapatkan kerja kontraktor dengan mengagehkan projek kecil persekutuan  secara adil dan saksama di kalangan mereka melalui undian.

V.K Liew turut menjelaskan bahawa Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPNS) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan mengadakan cabutan undi secara berkomputer bagi kerja-kerja di bawah projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) bagi tahun 2013 yang diadakan kelmarin.

“PPNS dan MPS komited dalam memastikan pelaksanaan projek PIA dan PIAS bagi tahun 2013 berjalan dengan lancar selaras dengan wawasan kepimpinan Kerajaan masa kini yang  menghendaki agar rakyat dapat merasai pembangunan yang dibawa oleh kerajaan dan pada masa yang sama tidak mengenepikan aspek kualiti projek tersebut.





TAHNIAH....V.K Liew menyerahkan Watikah Kelulusan Projek kepada  Pengerusi Kontraktor Bumiputera Muda Rajid Tinggang melalui undian berkomputer.

Datuk V.K Liew berkata demikian ketika berucap di majlis Pelancaran Undian Projek PIA-PIAS Daerah Sandakan Tahun 2013 yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan dekat sini, kelmarin.

V.K Liew menjelaskan program PIA-PIAS merupakan keazaman kerajaan untuk memantapkan pembangunan sosia ekonomi secara inklusif dengan menyelami kehendak rakyat luar bandar agar kesulitan yang dialami dapat diatasi dengan pantas dan berkesan.

Program Pengundian Berkamputer Projek PIA/PIAS Negeri Sabah 2013  Daerah Sandakan yang membabitkan tiga kawasan Parlimen Sandakan, Batu Sapi dan Libaran anjuran Jabatan Pembangunan Negeri Sabah (JPNS) telah dihadiri seramai 263 kontraktor berdaftar Kelas F untuk merebut 70 projek yang ditawarkan.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Presiden MPS Haji Mohd Hamsan Hj Awang Supaian, Pengarah Jabatan JPNS Datuk Hj Matusin Sunsang.

No comments:

Post a Comment