Wednesday, 10 April 2013

SABAH PUSAT BROKER JUDI POLITIK?






Oleh : MUTALIB M.D

SEORANG rakan lama menghubungi saya sebentar tadi membawa saya 'betting' (judi) kerana ganjaran yang lumayan ditawarkan di Sandakan dan pasti menang besar jika saya bertaruh RM50,000 sama ada Datin Linda Tsen Thau Lin bakal dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi atau tidak; kerana ramai meneka Linda akan tercicir setelah dikhabarkan gagal meneruskan agenda suaminya di Parlimen Batu Sapi.

Persoalan paling menarik ialah siapakah dalang sebenar yang disembunyikan kaki judi dan broker yang dilantik orang kenamaan untuk 'Betting Politik' dengan meletakkan harga Linda paling mahal berbanding dengan pemimpin Cina lain di Sandakan.

Kebanyakan pertaruhan kecil hanya tertumpu kepada Datuk Raymond Tan, Au Kam Wah, Peter Pang dan V.K.Liew kerana terlalu kurang kaki judi mahu bertaruh untuk tokoh politik Cina selain Linda yang diyakini bakal digugurkan PBS pada PRU-13.

Ramai broker juga dikesan menghubungi para penjudi melalui telefon, twitter, Skype, We Chat, facebook dan sebagainya bagi mengelak dicekup; namun perjudian masih dijalankan secara tertutup.

Mengikut maklumat dan risikan Sabahkini.net, mendapati pertaruhan di antara RM50 sehingga RM100,000 dan buat sementara waktu hanya kawan memperkenalkan kawan bagi mengelak dicekup polis.

Sempena bermulanya pertaruhan pertama esok, Sabahkini.net menghidangkan sebuah jenaka yang dihantar ke Sabahkini.net melalui Facebook.

KAKI JUDI TEGAR

Seorang warga emas, Pak Cik Pie datang ke sebuah bank untuk menyimpan wang setiap hari. Namun jumlah simpan agak besar antara RM5,000 hingga RM12,000 sehingga menarik perhatian Pengurus Bank.

"Banyak betul duit pakcik ini, setiap hari datang sini simpan duit," fikir Pengurus Bank yang mendatangi Pak Cik Pie di kaunter untuk bertanya rahsia yang terbuku di hatinya selama ini.

Pengurus Bank: Pakcik.. boleh saya tanya sesuatu?
Pakcik: Boleh.. ape salahnya..
Pengurus Bank: Saya pengurus bank ini. Saya dah lama perhatikan pakcik. Saya nampak pakcik simpan duit setiap hari. 5 ribu, 6 ribu, 10 ribu. banyak duit pakcik? pakcik kerja apa sebenarnya?
Pakcik: Saya tidak kerja. saya menang bertaruh..
Pengurus Bank: Bertaruh? bertaruh camne tu?
Pakcik: Kalau nak tau.. kita bertaruh nak?
Pengurus Bank: Ok. saya tak kisah..
Pakcik: Macam ni.. 7 hari dari sekarang.. saya jamin.. 't*lur' encik akan hilang..
Pengurus Bank: Hahahaha.. macamana pulak 't*lur' saya boleh hilang ni? Kelakar!
Pakcik : Kalau encik tak percaya, tak apa. Minggu depan kalau t*lur encik hilang, encik kena bayar saya RM1,000. kalau 't*lur' encik masih ade lagi, saya akan bayar encik RM1,000. kita jumpa minggu depan, kat sini..
Pengurus Bank: Ok..

Habis waktu kerja, pengurus bank pulang ke rumah dalam keadaan takut. Walaupun tidak percaya dengan kata-kata pakcik itu, dia tetap risau.
Malam, sebelum tidur dia akan periksa 't*lur' nya masih ada kah tidak?
Bangun pagi, perkara pertama beliau lakukan.. periksa 't*lur' mana tahun kalau 't*lur'nya benar-benar hilang! Begitulah keadaannya sampai hari yg ke 7..

Pengurus bank amat gembira hari ini. dia akan dapat 'rezeki terpijak' RM1,000! 'T*lur'nya masih selamat di tempat asal. Pak cik kaki bertaruh sampai di bank dan terus menuju ke kaunter untuk berjumpa pengurus bank tersebut. Pengurus bank menanti dengan senyuman.

Pengurus bank: Pakcik.. hari ni memang bukan rezeki pakcik..
Pakcik: Kenapa pulak?
Pengurus bank: Nampaknya pakcik dah kalah.. 't*lur' saya masih ada..
Pakcik: Ye ke ada? tak percaya la.. boleh saya periksa?
Pengurus bank: Silakan..
Pengurus bank bangun dan pakcik itu memegang 't*lur' si pengurus bank.
Pakcik: Erm.. Nasib encik memang baik.. 't*lur' encik masih ada. Nampaknya saya dah kalah kali ni..
Pakcik itu menghulurkan RM1,000 kepada pengurus bank.
Pengurus bank: Hahahaha! itu la pakcik.. kalau nak bertaruh.. tengok orang la dulu.. hahahahaha. Pakcik itu terus keluar dari bank tanpa berkata apa-apa.

Selang 10 minit kemudian, pak cik itu masuk balik ke dalam bank dan terus menuju ke kaunter untuk membuat urusan.

Pengurus bank : Aik? datang balik? nak buat apa pulak ni?
Pakcik: Saya nak simpan duit.. Nah RM7,000. Masukkan ke dalam akaun saya..
Pengurus bank: Tapi.... mana datangnya duit sebanyak ini?
Pakcik: Nampak jaga kat luar yang tengah tengok kita itu? Saya bertaruh RM7,000 dengan dia yang hari ini saya akan pegang 't*lur' pengurus bank ni.
Pengurus bank: CELAKAAA!!!!

No comments:

Post a Comment