SOKONG....Sahar
menjelaskan mengenai tindakannya bertanding bebas menentang calon BN di kawasan Parlimen
Libaran atas desakan para penyokongnya yang mahukan transformasi sebenar.
OLEH: SHAIMON S JUMADI Foto : MIMIE AZZARYA HAMZAH
LIBARAN : Barisan Nasional
(BN) yang meletakan calonnya iaitu Datuk
Hj Juslie Ajirol penyandang kerusi
Parlimen Libaran selama tiga penggal
berturut-turut tidak pernah tumbang; tetapi kini beliau ditentang dari tiga penjuru iaitu Parti
KeAdilan Rakyat (PKR) Mohd Shernan Hassnar Ibarahim; STAR yang meletakkan Rosnah Unsari dan Bebas ditandingi Sahar Saka sebagai pertaruhan dan penentu
kerusi Parlimen Libaran bukan lagi milik mutlak BN pada 5 Mei 2013 ini.
Calon bebas yang menggunakan
lambang Padi iaitu Sahar Saka akan berdepan dengan Juslie telah mendapat
sokongan padu bukan sahaja daripada ahli-ahli UMNO sendiri di kawasan itu;
bahkan mendapat respon daripada rakan-rakan daripada pembangkang seperti PAS,
PKR, Star termasuk para penyokong politik atas pagar.
Dalam temubual eksklusif
Sahar Saka dengan Sabahkini.Net sejurus selepas
kembalinya daripada penamaan calon yang dilangsungkan Dewan Seri Libaran
dekat sini pagi kelmarin; Sahar antara lain menjelaskan tujuan beliau
bertanding atas tiket bebas sama sekali tidak berniat untuk menentang
dasar-dasar kerajaan BN atau UMNO atau Datuk Juslie Ajirol; sebaliknya hanya mahu
menguji kekuatan pengaruhnya di Libaran.
Oleh kerana sudah tiga kali
dan kali ini adalah kali yang keempat ini beliau melobi calon Libaran tetapi pucuk
pimpinan BN langsung tidak memberikan ruang dan peluang kepadanya membuktikan kebolehan sebagai Wakil
Rakyat.
“Kecewaan yang saya tanggung
selama 20 tahun yang tidak pernah mendapat layanan daripada pucuk pimpinan
BN turut dirasai 75 peratus para
penyokong BN; khasnya para penyokong UMNO di kawasan Libaran kerana mereka
terlalu mengharapkan saya diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi calon
Parlimen kawasan Libaran. Kalau tahun
2004 dan 2008 saya gagal, mungkin tahun 2013 ini berjaya tetapi
nampaknya saya gagal lagi,” tegasnya.
Kata Sahar, beliau bukanlah 'Anti'
Juslie kerana sejak 2004 Juslie telah menunjukkan ketokohannya sebagai ahli
politik, terutama memastikan Libaran tidak tersisih daripada arus pembangunan
perdana negara.
"Jika ditakdirkan saya
memperoleh kejayaan dan menang pada PRU 13, maka saya akan meneruskan misi dan visi untuk membela rakyat dengan
lebih pesat agar tidak aga pihak yang terpinggir," ujar Sahar yang tidak
menyesal membuat keputusan drastik berkenaan.
“Sebagai seorang Ahli UMNO
yang bertanding atas tiket bebas, saya sedar impaknya memang berat kerana telah melanggar disiplin
parti. Tetapi inilah hakikat yang terpaksa saya terima demi untuk
memperjuangkan aspirasi para penyokong saya selama ini," kata Sahar yang
menghargai sokongan padu para pejuang politik di Sabah.
Dalam pada itu Sahar
mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyokong sama ada daripada kalangan
ahli UMNO; mahupun pembangkang yang begitu bersemangat membantu beliau bagi
memastikan kerusi Parlimen Libaran menjadi milik Bebas.
No comments:
Post a Comment