Saturday, 6 April 2013

SHAFIE AFDAL SAMAN ABDULLAH SANI?






Oleh : MUTALIB M.D

AKHIRNYA, setelah beratus kali dikritik musuh politiknya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Haji Apdal akhirnya mengemukakan surat niatnya untuk menyaman Timbalan Presiden Penaja USNO, Abdullah Sani Haji Abdul Salleh melalui peguamnya, Tetuan Hamzah Karim & Co.

Tetuan berkenaan telah menghantar surat niat meminta pengesahan sama ada Sabahkini.net menerbitkan artikel bertajuk 'Apa Peranan Shafie Afdal Dalam Ops Daulat?' dalam tempoh 48 jam, namun saya belum mendapat surat berkenaan kerana bertugas di luar daerah.

http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=18068:apa-peranan-shafie-apdal-dalam-ops-daulat&catid=40:laporan-khas&Itemid=49

Saya tidak berniat untuk membalas surat Tetuan berkenaan kerana telah dipaparkan di halaman hadapan Sabahkini.net bahawa; "apa juga komen yang dibuat di dalam laman web ini adalah terletak HAK kepada para pengomen dan bukannya di bawah tanggung jawab editor atau Sabahkini.net (sama seperti seorang penumpang yang membawa bahan berbahaya/larangan di dalam pengangkutan awam).

"Jika ada sebarang saman atau tindakan mahkamah hendaklah dirujuk terus kepada para pengomen kerana ia bukanlah komen dari Sabahkini.net atau bagi pihak Sabahkini.net atau pandangan Sabahkini.net. Sabahkini.net mengamalkan dan menyokong MSC Malaysia melalui Bill Of Guarantees (BoG N0.7) iaitu tidak menapis internet."

Oleh kerana tidak menapis internet, maka Sabahkini.net tidak perlu respon kepada sebarang permintaan untuk mendapatkan maklumat penulis artikel atau pengomen kerana Sabahkini.net bukannya menjual maklumat penulis; malah bertegas akan melindungi 'Whistle Blower' di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Sehubungan itu, saya menasihati Shafie Apdal jangan membuang masa jika ingin menyaman Abdullah Sani kerana Sabahkini.net tidak tertakluk untuk menjawab pertanyaan atau permintaan beliau di bawah mana-mana akta juga; apatah lagi masa 48 jam yang ditetapkan sudah berakhir!



No comments:

Post a Comment