KENANGAN....Datuk V.K Liew bergambar bersama-sama Warga Emas Masyarakat
Cina yang merupakan pengundi tegar BN.
OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN : Datuk Liew Vui Keong
penyandang kerusi Parlimen P.186 Sandakan, berkata sambutan masyarakat Tiong
Hua di Sabah, khasnya Sandakan kepada Barisan Nasional (BN) semakin bertambah
baik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.
Menurut beliau, sokongan itu boleh
dibuktikan apabila program 'V.K Bersama Mu' yang diadakan secara bersiri telah
mendapat sambutan daripada masyarakat Tiong Hua sekali gus menambah keyakinan
kepada BN yang menunjukkan komitmen tinggi selama ini.
Menyentuh hal yang sama, katanya
lagi, hanya melalui kemakmuran, keamanan, dan keharmonian yang mampu menjamin
pembangunan dan kestabilan politik.
Justeru itu, pengundi perlu bijak dan
dapat menilai kerana hanya BN sahaja mampu meletakkan negara sebagai sebuah
negara yang membangun dan seiring dengan kemajuan-kemajuan negara lain.
"Masyarakat tempatan khususnya
peniaga-peniaga Tiong Hia kini sedar bahawa perniagaan yang pesat hanya mampu
dilakukan sekiranya ciri-ciri di atas dapat dicapai.
"Dalam hal ini, saya gembira
melihat sambutan dan sokongan masyarakat Tiong Hua terhadap BN di Sabah semakin
meningkat. Saya yakin BN mampu meraih undi yang besar daripada masyarakat Tiong
Hua memandangkan masyarakat tersebut dapat melihat manfaat pembangunan ekonomi
terhadap diri mereka khususnya bagi mereka yang terlibat dalam sektor
perniagaan dan perdagangan," ujar Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP)
itu.
Program 'V.K Bersama Mu' yang telah
diadakan pada sebelah petang di Borneo Cove Hotel dekat sini mendapat sambutan
di luar jangkaan apabila masyarakat Tiong Hua sekitar sini yang hadir
dianggarkan lebih kurang 1,000 orang.
Berbanding dengan sasaran asal sebanyak
700 orang, ini sekali gus membuktikan kenyataan-kenyataan yang diberikan beliau
bahawa masyarakat Tiong Hua melihat BN sebagai sebuah parti yang mampu memberi
jaminan kepada kelangsungan dan kesinambungan pembangunan ekonomi negara adalah
berasas.
Dalam dalam itu, beliau berkata
sambutan masyarakat Tiong Hua di seluruh pelusuk negara terutama kepada Perdana
Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah amat positif.
Ujarnya, sokongan jitu kepada Mohd
Najib dijangka terus meningkat menjelang hari penamaan calon pada 20 April 2013
ini dan sekali gus petanda positif bahawa masyarakat Tiong Hua bersatu padu
menyokong BN.
"Secara jelasnya, masyarakat Tiong
Hua di negara ini termasuk di Pulau Pinang dan Selangor melihat BN sebagai
sebuah kerajaan yang mampu memberikan taraf pembangunan ekonomi yang lebih
terjamin," tambah beliau.
No comments:
Post a Comment