Wednesday 16 May 2012

NKEA MINI ESTET RUMPAI UNTUK SIAPA?





Oleh: SHAIMON S JUMADI           Foto:  NORASMAH TAKBIRUL

PROJEK NKEA EPP 3 yang dikenali sebagai ‘Mini Estate Rumpai’ di bawah kelolaan UMS terbengkali kini didedahkan untuk pengetahuan rakyat jelata, khususnya di daerah Semporna.

Projek usaha sama (Joint Venture) antara UMS dengan Sesama LauTubing Sdn Bhd  yang membabitkan keluasan tanah 1,089 hektar dan fasa pertama sebagai permulaan projek penanaman rumpai telah menggunakan tanah seluas 40.5 hektar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta yang dijangka akan mengeluarkan hasilnya pada tahun 2011, namun bayang-bayangnya pun tidak kelihatan

Pengerusi Kelab Belia Automatif Semporna, Mohamed Saifullah, 22, telah mendedahkan penyelewengan ini kepada Sabahkini.Net kelmarin kerana rasa tidak puas hati mengenai perjalanan projek NKEA yang dianggap satu penyelewengan besar dana kerajaan, sedangkan projek tersebut tidak wujud hanya pada namanya sahaja.

“Dalam lawatan saya ke Lautubing baru-baru ini, saya mendapati tanah seluas 1,089 hektar itu yang kononnya terlibat dengan projek penanaman rumpai tersebut rupa-rupanya sudahpun dijual dan ditukar milik ke satu syarikat yang bukan berstatus bumiputera dan kenapa perkara sebegini boleh berlaku dan tiada sesiapa yang ingin menyiasat malahan dibiarkan begitu sahaja tanpa diambil sebarang tindakan oleh mana-mana pihak,” tegasnya.




Menurut Saifullah, pada Mac 2012 lalu, sebanyak 11 buah syarikat yang merupakan ‘Anchor Company’ telah menandatangani perjanjian (Mematerai MOU) untuk meneruskan projek tersebut tetapi sehingga sekarang tiada khabar beritanya di mana sudah perginya dana yang sudah disalurkan ke projek NKEA tersebut.

“Sebagai anak jati Semporna dan juga pembayar cukai, saya juga berhak mahu tahu mengenai penyelewengan terhadap projek NKEA ini kerana telah membabitkan dana kerajaan yang cukup besar. Kita khuatir dana tersebut telah disalahgunakan. Saya minta ketiga ADUN BN di Senallang, Bugaya dan Sulabayan yang mengetahui perkara ini tidak berdiam diri,” kata Saifullah yang bimbang isu ini akan menjadi senjata pembangkang menafikan peluang BN mengekalkan tiga kerusi DUN dan satu jerusi parlimen pada PRU-13.

Kata Saifullah lagi, sekiranya syarikat tersebut menjadi kenyataan, tetapi indah khabar dari rupa dan tidak mampu untuk menjana ekonomi negeri Sabah sehingga menyebabkan pengangguran di Semporna begitu tinggi.

21 comments:

  1. hal ini kena disiasat dan diperjelaskan.

    ReplyDelete
  2. Berapa ramai pengangguran di Semporna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah pengangguran berlaku di mana2. Terpulang kepada daya usaha individu masing2 untuk ubah taraf hidup mereka.

      Delete
  3. Projek yang sudah dirancang perlu disiapkan agar tidak membazir wang dan masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu pembaziran jika ia tidak disiapkan dgn sempurna.

      Delete
    2. kelemahan untuk menyempurnakan projek harus dibaiki. Duit rakyat harus diuruskan dengan bijak.

      Delete
  4. Pihak berkenaan tampil dengan segera untuk jelaskan persoalan ini.

    ReplyDelete
  5. rakyat sendiri juga harus berusaha.

    ReplyDelete
  6. Bukannya penjelasan yang diberi boleh diterima.

    ReplyDelete
  7. Masalah pengangguran juga masalah rakyat yang harus selesaikan. Jangan teramat bergantung kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  8. Pembangunan ekonomi turut membaiki taraf kehidupan. Ini juga kerajaan harus menumpu perhatian untuk membangunkan ekonomi.

    ReplyDelete
  9. kenapa boleh tukar mili dan dijual?

    ReplyDelete
  10. Sikap teramat bergantung cuma membebankan kerajaan.

    ReplyDelete
  11. Pengangguran bukan masalah kerajaan, tetapi masyarakat juga harus berusaha untuk mengubah taraf hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengangguran adalah masalah negara, selain usaha kerajaan, rakyat juga harus berusaha mempertingkatkan skills.

      Delete
  12. Perkara ini tidak sepatutnya terbengkali. Usahakan projek ini sebaiknya.

    ReplyDelete
  13. Sekiranya meragukan perlu disiasat untuk penjelasan.

    ReplyDelete
  14. atau peruntukkan itu sebenarnya belum sampai??

    ReplyDelete
  15. saya rasa, daripada tunggu penjelasan, baik buat laporan terus kepada sprm..

    ReplyDelete
  16. hampir mustahil jika kita katakan peruntukan belum sampai... sebab sudah ada ETP annual report 2011 ( PM Malaysia telahpun bentangkan..)

    amat rugi sekiranya projek sbgini tidak dilaksanakan sebaik mungkin kerana sudah semestinya memberi impak besar terhadap sosio ekonomi di Sabah khususnya semporna..

    jika dilihat dalam web moa.gov.my.. disana ada syarat2 utk jdi anchor company dlm projek mini estate kelolaan UMS dan DOF..namun...

    Diantara2 11 sykat yang telah diwartakan menerima tawaran tersebut, bberapa mereka tidak mempunyai kriteria2 yang perlu ada utk melayakkan mereka mnjadi anchor companies...yang peliknya mereka dapat pula tawaran tu...pelik tau....

    ReplyDelete
  17. artikel ni lebih kepada tuduhan kononnya berlaku penyelewengan.. tapi kenapa tidak buat laporan? buat la dulu laporan baru tahu cerita sebenar..

    ReplyDelete