Sunday, 27 May 2012

UNDI BN UNTUK MASA DEPAN MALAYSIA




Oleh : SHAZWAN MUSTAFA KAMAL

PUTRAJAYA : Hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu menjamin masa depan yang lebih baik dan stabil untuk rakyat Malaysia, kata perdana menteri kepada belia hari ini memandangkan pilihan raya akan menjelma.

Datuk Seri Najib Razak berkata kepada ribuan belia yang berkumpul di sini adalah penting mereka membuat pilihan yang betul semasa mengundi, dan berkata partinya telah memberikan bukti dan berkeupayaan untuk membawa perubahan kepada negara untuk sejak 55 dulu.

“55 tahun dulu, pengundi sebaya kamu menentukan keputusan ... buat keputusan dengan bijak ... mereka memilih kerajaan, dan kerajaan memerintah negara ini dan melakukan perubahan sejak 55 tahun dahulu.

“12 kali kita sudah mengadakan pilihan raya. Beliau, orang tua berikan kepercayaan kepada kerajaan dan kerajaan yang sama akan membuktikan keupayaan untuk bawa perubahan demi perubahan,” katanya diikuti sorakan oleh peserta yang hadir.

“Sebab itu hari ini kita yakin, kami (BN) telah menunaikan janji, kita berhimpun (hari ini) kerana Malaysia adalah kisah kejayaan, yang diakui negara lain. (Ini) negara di mana perhimpunan belia ini akan rasa yakin, di bawah kerajaan esok akan lebih baik berbanding hari ini,” katanya.

7 comments:

  1. M'sia capai banyak perubahan jika dibandingkan dengan masa lalu.

    ReplyDelete
  2. BN kena buktikan keikhlasan perjuangan parti kepada rakyat jika BN mahu terus diberi mandat sebagai kerajaan.

    ReplyDelete
  3. BN byk membawa perubahan kepada Malaysia, Malaysia yang dahulunya tidak dikenali kini menjadi gah di mata dunia. ini adalah hasil pencapaian BN.

    ReplyDelete
  4. Rakyat lebih matang untuk menilai sekarang setelah melalui banyak pengalaman dalam perjalanan politik negara.

    ReplyDelete
  5. Sokongan rakyat akan tetap kepada BN jika kepentingan dan kebajikan mereka terus terpelihara.

    ReplyDelete
  6. Kita boleh lihat sendiri semenjak UMNO/BN memerintah Negara kita sehinggalah sekarang ini. Kita nampak pembangunan dan juga Malaysia terkenal di semerata dunia.

    ReplyDelete
  7. baru tiga tahun Najib mengambil alih jawatan PM, sudah banyak pembaharuan yang beliau laksanakan. malah ada pembaharuan yang dilaksanakan itu gagal dilaksanakan oleh pamimpin2 terdahulu..

    ReplyDelete