Saturday, 26 May 2012

DRAGON INN SEMPORNA SEMAKIN BIADAP?




PERTENGKARAN...Pihak Kakitangan Dragon Inn bertengkar dengan pelanggannya.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

BANYAK peristiwa yang boleh dijadikan satu memori dalam ingatan setiap orang mengenai satu-satu kejadian di sekeliling kita tanpa disedari, terutama yang sukar untuk dilupakan.

Mengimbau sejenak peristiwa memalukan yang telah berlaku di daerah Semporna pada 16 hingga 18  Mei 2012 lalu berhubung kedatangan rombongan para pemimpin Parti KeADILan Rakyat (PKR) dari Kuala Lumpur yang diketuai oleh Ahli Parlimen kawasan Ampang, Zuraida Kamaruddin; selaku Ketua Wanita PKR Pusat bersama Alhi Parlimen Ulu Langat Haji Abdulah Sani, Naib Ketua Wanita Nor Sham Abu Samah dan beberapa orang lagi pegawai kanan parti berkenaan datang ke Semporna untuk menemui para penyokongnya.

Wartawan kana Sabahkini.Net yang turut sama rombongan tersebut untuk membuat liputan media berhubung lawatan mereka 'menyerang' di beberapa buah tempat  telah menyaksikan sendiri beberapa kejadian dan peristiwa yang berlaku semasa mereka berada di daerah berkenaan selama tiga hari.

Pada hari pertama, satu perjumpaan Majlis Ceramah Perdana yang dianjurkan oleh Cabang PKR Semporna yang diadakan di perkarangan kediaman Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna Nazmahwati Walli di Taman Miramas yang dihadiri lebih 500 orang para penyokong PKR.

Cermah tersebut disampaikan sendiri oleh Zuraida dan Hj Abdullah Sani telah diganggu gugat oleh sekumpulan kenderaan yang lalu berhampiran tempat perjumpaan tersebut sambil membunyikan hon dan membuat bising. Perbuatan ini memang berlaku unsur-unsur sabotaj daripada pihak lain yang bersungguh-sungguh mahu menggagalkan program tersebut.

Tetapi dengan ketabahan hati para pencaramah dan para hadirin, nampaknya sedikitpun tidak tergugat walaupun mendapat gangguan namun ceramah tetap diteruskan dengan semangat yang membara dan berkobar-kobar rakyat semporna yang mahukan perubahan besar dalam pelbagai sudut.

Pada awalnya, memang sudah wujud sabotaj yang didalangi oleh orang dalaman PKR sendiri yang mungkin dipasang oleh parti lawan kerana mereka menyebarkan maklumat songsang menerusi SMS memberi tahu kononnya ceramah Perdana PKR yang diadakan di taman tersebut pada sebelah pagi esoknya ditukar ke sebelah petang. Selain itu juga, mereka memberitahu kepada para penyokong PKR ceramah tersebut dibatalkan.

 


TABAH...Hj Abdullah Sani tidak tergugat meneruskan ceramahnya.




BIADAP....Dari kiri ialah Nuraidah.


Perbuatan sabotaj ini adalah kali yang kedua yang dialami oleh para pemimpin kanan PKR pusat dan sabotalj yang ketiga pula berlaku di penginapan Dragon Inn (Floating) kerana berapa orang ahli PKR yang menginap di tempat itu belumpun sampai masanya untuk 'check out' tetapi bagasi mereka dicampak keluar.

Tambah mengejutkan, bagasi mereka habis dibongkar oleh para pekerja penginapan tersebut dengan alasan mereka tidak boleh lagi tinggal di bilik itu walaupun dibayar sebanyak berapa jumlah sewaannya kerana ada orang lain yang menempahnya.

Kejadian ini sebenarnya berlaku pada sebelah petang kira-kira jam 2.00 petang dan Wartawan menyaksikan sendiri kejadian tersebut sungguh menyayat hati atas perbuatan biadap dan kurang ajar beberapa orang pekerja penginapan itu yang menggadaikan profesional mereka atas 'upah' pihak tertentu.

Akibat daripada perbuatan biadap itu, maka tercetuslah pertengkaran di antara kakitangan Dragon Inn antara satu sama lain. Wartawan sempat merakamkan gambar seorang kakitangan tangan penginapan tersebut yang dikenali sebagai Nuraidah Bt Hamid (Kad Pengenalan 931204-12-5952) mengeluarkan kata-kata kesat kepada pelanggannya.

Memang jelas semua kejadian yang berlaku terhadap rombongan tersebut dan jelas sudah dirancang dengan rapi oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menggagallkan aktiviti PKR Semporna, naun hasrat pengacau tidak kesampaian kerana semua program berjalan lancar.

11 comments:

  1. Ini sangat memalukan. Perbuatan orang jahil.

    ReplyDelete
  2. Walaupun berlaianan ideologi politik dsb, perbuatan khianat tidak boleh diterima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah yang dinamakan permainan politik kotor.

      Delete
  3. pihak Dragon Inn tidak patut bertindak demikian, sekarang dah kena ambil gambar, siap no kad pengenalan lagi. nama dah tercemar.

    ReplyDelete
  4. Dalam parti sendiri pun ada juga yang sanggup mensabotaj. inilah yang menggagalkan perjuangan sesebuah parti.

    ReplyDelete
  5. Memang pelanggan adalah benar dan diutamakan. Namun pelanggan perlulah juga menjadi adap mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagipun kita tidak tahu apa cerita sebenar.. mungkin juga pemimpin2 Pakatan ini bermulut celupar di semporna.. biasalah, kalau turun padang pun asyik menghina rakyat saja kerja mereka.. rumah penduduk kampung macam reban ayam la, klinik macam kandang kuda la....

      Delete
  6. Tidak pasti lagi kebenaran mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah, kalau laporan itu dari parti lawan, mesti bunyinya macam parti lawan juga..

      Delete
  7. bila program mereka tidak mendapat sambutan, mulalah mereka buat tuduhan kononnya didalangi oleh pihak lawan.. hinggakan orang dalam sendiri buat sabotaj pun boleh dia kata kononnya didalangi pihak lawan??

    ReplyDelete
  8. akur saja la jika penduduk semporna tidak berminat dengan PKR.. jangan buat tuduhan memulu kononnya didalangi oleh pihak lawan.. kalau benar la pihak lawan mahu menggagalkan program Pakatan, jangan harap la Zuraida boleh sampai di semporna..

    ReplyDelete