Oleh :SHAIMON S JUMADI
PARA Ketua Kampung,
Pengerusi JKKK, Kapitan Cina dan Ketua Cawangan UMNO dan ahli parti komponen
Barisan Nasional (BN) yang ada di Parlimen Libaran (DUN Gum-Gum dan Sungei
Sibuga) harus bersatu demi menjamin keutuhan dan memantapkan jentera
pilihanraya umum ke 13 nanti.
Kerjasama yang erat di
kalangan akar umbi ahli parti komponen BN/UMNO harus dipertingkatkan selain
untuk memantapkan perjuangan BN/UMNO; malah sebagai benteng untuk menghadapi musuh
politik seperti pembangkang.
Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Gum-Gum Datuk Hj Zakaria Hj Mohd Edris berkata demikian ketika memberi
taklimat di majlis Perjumpaan Pemimpin-pemimpin Masyarakat DUN N41 Gum-Gum
bersama Ahli Parlimen P184 Libaran di Hotel
Pavilion Bandar Labuk, Sandakan, petang kelmarin
"Ahli-ahli UMNO dan
ahli-ahli PBS sebagai rakan dalam komponen BN disaran supaya bersiap sedia dan
mengemaskinikan gerakan jentera pilihanraya di tempat masing-masing kerana
pilihanraya akan diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang,” kata
Zakaria.
Sementara itu, dalam ucapan
Ahli Parlimen Libaran Datuk Hj Juslia Ajirol antara lain mengingatkan semua ahli
UMNO di kawasan DUN Gum-Gum dan Sungei Sibuga supaya harus bersatu dan
menjalinkan persefahaman yang intim demi mewujudkan perpaduan di dalam jentera
pilihanraya.
Ketua Menteri yang juga
Ketua Bahagian UMNO Datuk Musa Hj Aman, kata Juslie telah berpesan agar
ahli-ahli UMNO di kedua-dua kawasan DUN tersebut; termasuk ahli-ahli komponen
BN agar bekerja keras.
"Mereka jangan
sekali-kali mempertikaikan siapa calon yang bakal dipilih kerana hal itu bukan
keutamaan atau isu, tapi yang penting adalah memberi sokongan terhadap sesiapa
sahaja calon yang pastinya mempertahankan semula kerusi Parlimen Libaran, DUN
Gum-Gum dan DUN Sungei Sibuga,” tegas Juslie.
Katanya, memang masih banyak
kampung masih mundur setelah menerima banyak permintaan dan aduan daripada ketua-ketua
cawangan UMNO, Ketua-Ketua Kampung, Pengerusi-Pengerusi JKKK/JKDB dan Kapitan
Cina. Permohonan mereka akan ditunaikan secara berperingkat-peringkat dan
diharap dapat bersabar sebelum tiba waktunya.
"Sebagai ahli UMNO yang
setia, perlu saya ingatkan jangan kerana permintaan tangki atau lain-lain tidak
tertunai, lantas merajuk dan keluar parti meninggalkan BN/UMNO dengan menyertai
parti lain. Perbuatan ini bukanlah mencerminkan seorang pemimpin yang jujur
tetapi mereka hanya berjuang untuk kepentingan peribadi sahaja.
"Ada kalanya kelulusan sesuatu
projek pembangunan dan infrastruktur kampung memakan masa yang agak lama kerana
disebabkan tapisan dan analisa terperinci di peringkat kementerian," ujar
Juslie .
Kata Jusli lagi, di DUN
Gum-Gum setakat ini sahaja bilangan pengundi yang berdaftar dengan SPR
berjumlah lebih 11,000 ribu orang, tidak termasuk pengundi DUN Sungei Sibuga.
"Kita memang sedar sejak
kebelakangan ini ramai dalam kalangan pemimpin pembangkang masuk dan keluar
kampung di kawasan Libaran ini untuk menabur pelbagai fitnah dengan tujuan memesongkan
fikiran rakyat. Mereka juga bertujuan untuk meraih perhatian dan sokongan
rakyat mengenai perjuangan mereka, tetapi rakyat semakin sedar bahawa
pembangkang hanya tahu cakap saja tapi tak serupa bikin,” ujarnya.
Majlis yang diadakan di
Ballroom hotel berkenaan telah dihadiri lebih 200 orang yang terdiri daripada
pemimpin masyarakat, termasuk ahli-ahli komponen BN.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
ReplyDeletePihak pembangkang hanya tahu mengkritik sebab mereka bukan kerajaan.
ReplyDeleteLebih banyak kritikan untuk menjatuhkan.
Deletesemangat kerjasama harus dipupuk di kalangan ahli2 parti. dgn adanya kerjasama, parti akan jadi kukuh.
ReplyDeleteJika wujud masalah dalaman parti, media janganlah menjadi saluran utama untuk selesaikan masalah.
ReplyDeleteSelesaikan masalah sebaiknya. Kerana itu adalah jalan yang terbaik untuk memastikan setiap masalah yang dihadapi dapat diselesaikan denga sebaiknya.
ReplyDeletedalam BN ada banyak parti komponen, dalam pakatan hanya ada tiga, manakala parti pembangkang tempatan pula tidak ada langsung.. ini jelas menunjukkan BN lebih bersatupadu berbanding dengan parti pembangkang..
ReplyDeletejumlah parti komponen dalam BN sudah cukup menjelaskan keutuhan perpaduan pemimpin2 BN..
ReplyDeleteBarisan Nasional leaders at all levels have been told to make an in-depth analysis of candidates with winning potential which the coalition can field in their constituencies in the next general election.
ReplyDeleteTan Sri Muhyiddin Yassin said choosing the right candidate is a vital factor in the 13th general election, adding that every component party should carry out an analysis on those who were winnable in their parties.
ReplyDeleteWhile the voters will judge the contesting parties in terms of their struggle, philosophy, ideology and vision, the candidates will be an important factor..
ReplyDeleteHe said the leaders should analyse a candidate in terms of leadership, background and public acceptance.
ReplyDeleteMuhyiddin, who is Umno deputy president, said all component party leaders at the divisions would be asked to identify such candidates.
ReplyDeleteAsked if there would be any exchange of seats by component parties in the elections, the deputy prime minister said this would first be discussed and the pros and cons of such a switch must be considered.
ReplyDeleteMuhyiddin also said Barisan would regard any group outside the Pakatan Rakyat alliance that fielded candidates in the elections as opponents.
ReplyDeleteCHIEF Minister Datuk Seri Musa Aman has emphasised the importance for all Umno and Barisan Nasional (BN) members to give total support to any candidate picked by the top leadership for the coming 13th General Election.
ReplyDeleteThis is because the struggle in BN is a party struggle and not an individual one, especially in ensuring the coalition wins all State and parliamentary seats, including wresting all seats that were lost to opposition candidates, he said.
ReplyDeleteMusa is optimistic that Sabah BN is capable of winning all seats in the State in the coming election.
ReplyDeleteAt the same time, Musa is positive that the people will not be easily influenced by irresponsible quarters as the BN government already has a good track record in governing the nation, realising promises and providing physical development.
ReplyDeleteThe people can make their own assessment on the leadership of BN.
ReplyDelete