Sunday, 27 May 2012

WSJ BERPENDAPAT ANWAR PATUT MENGAKU SALAH



PELBAGAI pandangan diberi melalui media dan ruang siber selepas penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Ketua PKR Chabang Rembau Badrul Hisham Shaharin didakwa di mahkamah baru-baru ini atas tuduhan melanggar undang-undang ketika demonstrasi jalanan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur 28 April lepas.

Ketiga-tiga mereka juga dikenakan pertuduhan menghasut Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim supaya membuka sekatan di sekeliling Dataran Merdeka di Jalan Raja di Kuala Lumpur, yang dilarang dimasuki peserta perhimpunan, pada hari sama.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan itu. Mereka merupakan individu pertama yang didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman (PAA), yang berkuatkuasa mulai tahun ini.

The Wall Street Journal (WSJ), akhbar harian kewangan antarabangsa yang amat berpengaruh, menyiarkan pendapatnya yang mengatakan Anwar patut mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu sekiranya beliau percaya perubahan yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tidak memadai.

Rencana berkenaan bertajuk "Malaysian People's Court, Anwar's civil disobedience and the next election", berpendapat cara lebih jelas untuk meyakinkan orang ramai bahawa PPA merupakan undang-undang yang tidak adil ialah dengan mengaku bersalah dan membayar denda menjelang berlangsungnya pilihan raya umum.

Rencana berkenaan, yang disiar dalam ruangan "Review and Outlook Asia" pada Khamis, berkata dengan mengambil kira segala ranjau dan duri yang dilalui Anwar sebelum ini, termasuk dua kali menghadapi pertuduhan berkaitan liwat dan dua dua kali juga dibebaskan, "mungkin ada orang yang membuat tanggapan bahawa ini satu lagi pendakwaan yang bersifat politik".

"Bagaimanapun, kes ini berbeza. Anwar bertindak melanggar tuntutan sivil dan kini beliau perlu menanggung padahnya.

"Keputusan sebenar akan datang daripada peti undi pada pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan lewat tahun ini, apabila pengundi akan memutuskan sama ada perubahan politik yang dilaksana Najib berjalan pada kadar yang sewajarnya, atau Anwar bertindak betul dengan mendesak perubahan dilaksana dengan lebih pantas".

Akhbar itu seterusnya menulis "Jika Anwar ingin melanggar tuntutan sivil, beliau tidak boleh berpura-pura tidak bersalah, pada waktu yang sama."

WSJ berkata walaupun Najib patut diberi pujian kerana melakukan perubahan, pembangkang juga mempunyai alasan kukuh untuk mengkritiknya sebagai tidak memadai.

"Persoalan sebenar ialah sama ada masyarakat Malaysia lebih memerlukan perubahan pada kadar lebih pantas atau taktik konfrontasi yang dianjur pembangkang," kata rencana itu. (Bernama)

8 comments:

  1. Pembangkang hanya tahu menngkritik kerana mereka bukannya kerajaan. Bukan mudah untuk mentadbir sesebuah negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedangkan beberpa buah negeri saja pun tidak dapat handle, apa lagilah sebuah negara.

      Delete
  2. Pilih demokrasi. Bukannya demo-crazy.

    ReplyDelete
  3. Anwar mmg patut mengaku salah, ada video yang memperlihatkan Anwar memberi arahan untuk merempuh dataran merdeka.

    ReplyDelete
  4. Tidak habis-habis dengan isu Anwar ni.

    ReplyDelete
  5. Semoga keadilan akan dapat diketahui. Yang salah tetap akan bersalah.

    ReplyDelete
  6. Anwar satu2nya pemimpin politik di dunia yang paling liat mengaku kesalahan.. dia akan nafi walaupun ada bukti2 kukuh bahawa beliau melakukan kesalahan itu..

    ReplyDelete
  7. Anwar patut mengaku salah.. buktinya amat jelas.. dimana ada beliau disitu ada kekecohan.. dimana ada Ambiga, tidak ada pula kekecohan...

    ReplyDelete