Tuesday 22 May 2012

PEMBANGKANG HASUT FIKIRAN BELIA




Oleh : SHAIMON S JUMADI

SEBAGAI belia yang merupakan tunjang harapan kepada bangsa dan negara, terutama sekali yang berpendidikan tinggi; maka mereka haruslah berpandangan jauh untuk menerokai kehidupan yang lebih dinamik di masa akan datang.

Memandangkan belia yang berwawasan adalah pemimpin pelapis untuk menggantikan para pemimpin yang sedia ada, maka mereka sewajarnya menanamkan nilai-nilai murni serta membina jati diri agar menjadi manusia yang beradab sopan dan bertanggunjawab.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Hj Juslie Ajirol berkata demikian ketika berucap di majlis Belia Mesra Bersama Pemimpin yang diadakan di SK Gum-Gum Kecil, Kampung Sungai Beruang, kelmarin.

Katanya, para belia yang mempunyai pelbagai kemahiran haruslah merebut segala peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu dan menaikkan taraf ekonomi rakyat jelata.

Kata Juslie, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan rakyatnya terutama sekali golongan belia kerana pelbagai program dilaksanakan oleh kerajaan BN, khususnya untuk kepentingan para golongan belia untuk mendapatkan ilmu dalam pelbagai aspek.

"Dari itu para belia yang yang mempunyai kelayakan akademik dan mempunyai satu-satu kemahiran yang masih menggangur, janganlah terlalu memilih pekerjaan, Yang penting kerja apa saja yang dibuat, asalkan halal dan tidak bertentangan dengan hukum hakam agama dan undang-undang negara,” jelasnya.

Sebagai belia yang merupakan tonggak anak bangsa yang bertamaddun, kata Juslie, janganlah mempunyai sikap agresif dan terikut-ikut dengan budaya samseng jalanan seperti para belia yang menyertai Perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara baru-baru ini yang bukan sahaja mencetuskan hura-hara, bahkan merosakkan harta benda awam.

Tambah Juslie, parti pembangkang yang tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan yang ada sekarang telah memperalatkan para golongan belia dan sanggup menghasut dengan fikiran songsang dan sanggup membayar upah kepada golongan belia untuk membuat rusuhan.

"Semua kelakuan tidak bertamaddun ini boleh membinasakan diri sendiri dan juga orang lain serta mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia; bahkan mencemarkan nama baik diri sendiri dan keluarga kerana seolah-olah golongan belia tidak mendapat pendidikan yang semporna daripada kedua ibubapa mereka,” tegas Juslie.

Kata Juslie, jika tidak berpuas hati dengan apa yang kerajaan BN/UMNO sudah buat sekarang ini, maka sebagai parti yang mahu mendapat sokongan padu rakyat jelata, pembangkang tidak seharusnya mengadakan perhimpunan jalanan; sebaliknya menunggu PRU-13 untuk membuat perhitungan melalui peti undi.

22 comments:

  1. The people should not be easily influenced by the empty promises from the parties before an election.

    ReplyDelete
  2. Voters need to judge by themselves who is the most suitable leader to vote during the next GE.

    ReplyDelete
  3. pembangkang byk memanipulasi dan memainkan byk isu untuk mempengaruhi belia. para belia harus bijak dan jgn mudah terpengaruh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangkang mmg penghasut, mcm2 isu mereka manipulasikan untuk menghasut belia.

      Delete
  4. Sekarang ni, banyak parti fokus untuk dapatkan sokongan golongan pengundi muda.

    ReplyDelete
  5. Golongan belia kena bijak menilai sesuatu perkara.

    ReplyDelete
  6. Sepatutnya golongan belia ni tidak mudah termakan hasutan pembangkang yang cuba mempergunakan mereka untuk kepentingan politik.

    ReplyDelete
  7. Belia harus tahu apa yang perlu untuk diri mereka. Jangan termakan hasutan yang direka oleh pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang hanya tahu putar belit saja tu

      Delete
  8. Pengundi2 muda harus berhati-hati dalam membuang undi. Undi la parti yang mempunyai rekod cemerlang dalam membangunakan sebuah negara.

    ReplyDelete
  9. kes mahasiswa buat ugutan bunuh terhadap pemimpin kerajaan juga mungkin hasil dari hasutan pemimpin2 pembangkang.. kes itu berlaku sebaik Anwar mengadakan ceramah dengan mahasiswa.. kebetulan??

    ReplyDelete
  10. daripada pembangkang menggunakan dana awam untuk membiayai peserta2 perhimpunan, bukankah lebih elok mereka gunakan dana itu untuk membantu penduduk2 miskin??

    ReplyDelete
  11. Barisan Nasional’s (BN) publicity & information bureau must be prepared to counter the opposition’s lies and allegations so that the people will not be cheated by those who are desperate to topple the government.

    ReplyDelete
  12. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman, who is also Sabah BN and Umno chief, said the bureau should always equipped itself with knowledge and ability to explain to the people about the government’s policies and promises fulfilled by the party.

    ReplyDelete
  13. The publicity and information bureau is the BN’s font liner in disseminating accurate information to the people at the grassroot.

    ReplyDelete
  14. All the allegations or issues raised by the opposition, who will constantly try to confuse the people must be countered with the correct information.

    ReplyDelete
  15. Musa said clear and accurate information given to the people, especially in Sabah, would ensure continuous support for all the efforts taken by the BN-led government.

    ReplyDelete
  16. It is warranted that gratitude are to be expressed to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for his continuous ideas to ease the people’s burden.

    ReplyDelete
  17. Meanwhile, Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Ahmad Maslan, who is also Umno Information chief, hoped that all publicity and information chiefs at the divisional levels, would make optimum use of the face-to-face, print, digital and electronic media in disseminating information to the people.

    ReplyDelete
  18. “This can be done now. We don’t have to wait for general election because we have enough evidence on the success stories created by the BN government.

    ReplyDelete
  19. “We just need to remind the people again and again so that they will not fall victim to empty promises given by the opposition,” he explained.

    ReplyDelete
  20. Also present at the briefing session were Sabah Umno secretary Datuk Yahya Hussin, information chief Datuk Sapawi Ahmad, Sabah Umno Wanita chief Datuk Armani Mahiruddin and other State BN leaders.

    ReplyDelete