Oleh : JOHN CHARLES MITAH
MIKAT
TIADA siapa yang boleh
melawan undang-undang kerana mercu tanda kemartabatan sesuatu bangsa di dalam
sesebuah negara kerana semua orang harus tunduk, hormati dan patuhi kewujudan
dan ketamadunannya. Tetapi janganlah pula undang-undang menghukum seseorang
yang tidak bersalah, lalu meringkuk di penjara! Apa cerita...?
Pada 18 Disember 2012,
bersamaan dengan hari Selasa, kira-kira jam 10:00 malam, dua orang ibu bersama
8 orang ahli keluarga mereka telah datang berjumpa dengan saya di rumah meminta
nasihat dan memohon pertolongan kerana anak gadis mereka telah ditangkap polis.
Lebih malang lagi, Mahkamah telah
menjatuhi hukuman denda sebanyak RM46,000 seorang atau 20 bulan penjara jika
gagal membayarnya. Apapun, kedua-dua anak gadis ini sudah dijatuhi hukuman dan
telah pun dibawa ke Penjara Kepayan, Kota Kinabalu pada 12.12.2012 untuk
menjalankan hukuman.
Menurut cerita dua orang ibu
ini, pada 27.07.2012, jumaat, dua anak gadis mereka ini mencari kerja di Pekan
Kota Marudu dan telah diperkenalkan oleh seorang kawan (lelaki) yang mereka
jumpa di Perhentian Bas; memberitahu kononnya ada kerja kosong di Kedai Cyber
di Taman WTK Phase 2, Kota Marudu.
Kedua mereka pun pergi ke
sana dan diterima bekerja dengan gaji RM800 sebulan. Baru dua jam sahaja mereka
berkerja, lebih kurang jam 3:45 petang, polis tiba-tiba datang menyerbu di
Pusat Cyber tempat mereka berkerja dan dua orang gadis ini telah ditangkap;
kemudian direman untuk siasatan selama 5 hari dalam lokap IPD Kota Marudu.
Selepas itu, mereka pun
dibebaskan atas jaminan polis. Mereka telah dipanggil polis sebanyak 4 kali
iaitu: (1) pada 03.09.2012, (2) pada 10.10.2012, (3) pada 16.11.2012 dan (4)
pada 10.12.2012 mereka telahpun dijatuhkan hukuman.
Pada 12.12.2012, dua orang
gadis ini telah dibawa ke Kepayan, Kota Kinabalu untuk menjalankan hukuman
mereka di sana. Oleh kerana mereka tidak dapat membayar denda sebanyak RM46,000,
maka mereka terpaksa dipenjara selama 20 bulan.
Bayangkan, kalaulah anda
sebagai Ibu kepada dua orang gadis ini, dari mana mahu cari wang sebanyak itu?
Mereka adalah orang yang tidak berkemampuan, mereka adalah orang miskin. Sebab
itulah anak-anak gadis mereka pergi mencari kerja dengan niat untuk membantu
ibu mereka kerana hidup mereka sangat susah.
Malangnya mereka ditanggkap
dan terpaksa pula membayar denda. Dalam situasi ini siapakah yang harus
bertanggungjawab? Setelah mendengar keluhan dua orang Ibu ini, saya amat
tersentuh sejurus itu pada 19.12.2012, (hari Rabu), saya terus menghubungi
'Khidmat Guaman' di White House, Kota Kinabalu dan langsung meminta bantuan
agar anak gadis kepada dua orang Ibu yang malang ini dapat diberi pembelaan
untuk memohon rayuan semula di Mahkamah dan selanjutnya diberi pertimbangkan
atau dilepaskan dari pertuduhan ke atas mereka yang tidak munasabah.
Berikutan itu, pada
20.12.2012, (hari Khamis) saya telah berjumpa dengan Insp Mohd Zulkairi Mohd
Yacob di pejabatnya di IPD Kota Marudu untuk meminta penjelasan darinya
mengenai dengan dua orang gadis yang ditangkap oleh polis.
Apapun, setelah diberi
penjelasan saya berpuas hati dan mengucapkan syabas kepada PDRM Kota Marudu
kerana telah menjalankan tugas mereka dengan efisien. Rampasan mesin perjudian
siber di Taman WTK Phase 2, Kota Marudu.
Dalam serbuan itu, 3 suspek
(1 lelaki & 2 perempuan) dijatuhi hukuman denda RM46,000 seorang, tetapi gagal
membayar denda dan dipenjara 20 bulan (denda tidak di bayar) adalah berkaitan.
Sebagai panduan, kepada
sesiapa sahaja yang ingin mencari pekerjaan di luar sana perlu diingat agar
jangan mudah terpedaya dengan pemberian gaji yang lumayan. Sebelum menerima
sebarang pekerjaan, tanya dahulu apakah perniagaan tersebut mempunyai lesen
atau tidak.
Kasihan kalau ada orang yang
tertipu seperti Nadia dan Evelyn. Lihat sahaja apa yang sudah berlaku ke atas
diri mereka. Tauke menghilang, pekerja pula yang terima bala. Kasihan betul!
Apapun jangan salah tafsirkan kenyataan cerita di atas kerana ia berunsurkan
atas dasar kebenaran.
Dalam senario ini siapakah
yang harus bertanggungjawab? Adakah undang-undang? Atau Pemilik Kedai/Pemilik
Perniagaan? Atau masyarakat? Ataupun Wakil Rakyat?
Kesimpulannya :
1. PDRM sekadar menjalankan
tugas mereka bersesuaian dengan slogan "Tegas, Adill dan Berhemah."
2. Setelah tertuduh dibawa
ke Mahkamah, PDRM tidak menghukum. Tetapi siapakah yang layak menghukum?
3. Apakah Wakil Rakyat tidak
terlibat sama dalam soal aktiviti kemasyarakatan di Kawasan persekitarannya?
Sama-samalah kita cetuskan idea di sini. Apapun jangan sesekali menuduh
seseorang tanpa mempunyai fakta yang kukuh.
No comments:
Post a Comment