Friday, 4 January 2013

MASIH ADA YANG MEREMPAT DI SABAH?





1MALAYSIA......Walaupun buta tetapi Laimin masih nampak bayang dan cahaya; terutama Logo 1Malaysia mengharapkan sebutir mata atau pembedahan segera agar dapat melihat semula.


Oleh : MUTALIB M.D

WALAUPUN cacat penglihatan, hidup merempat di tempat orang dan tidak dipedulikan Ahli Parlimen Beaufort, namun Laimin Bin Saganding, 45, tidak melupakan rakannya yang bernasib malang sepertinya di Taman Cahaya, Sandakan.

Laimin yang dilahirkan di Kampung Narawang, Ranau sebagai kanak-kanak normal mengalami cacat penglihatan setelah demam panas ketika berusia 7 tahun terpaksa mengikuti Sekolah Pendidikan Khas di Majidi, Johor Bahru selama sembilan tahun iaitu bermula 1977 hingga 1986 sebelum memasuki Pusat Orang Buta Sandakan setelah tamat PMR (Bailey).

Setelah 21 tahun bersama Persatuan Orang Buta Sandakan, Laimin berhijrah ke Beaufort; namun tidak menyangka nasibnya akan terus dirundung malang setelah permohonannya untuk mendapatkan rumah PPRT tidak diluluskan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Haji Okin semata-mata kerana beliau merupakan pengundi berdaftar di Libaran, Sandakan.




DAIF.....Di sinilah tempat berteduh sementara isteri dan anak-anak Laimin sementara beliau memburu hidup di penjuru nasib.




SYURGA......Entahkan rumah, entahkan bangsal, tetapi inilah Syurga Laimin dan keluarganya ketika kerajaan BN menafikan haknya untuk mendapatkan rumah PPRT.

Kendatipun Laimin merupakan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, namun Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun juga gagal membantu Laimin kerana kecuaian Pegawai JPKAS Beaufort.

Akibatnya, Laimin bersama isteri dan anak-anaknya yang masih kecil terpaksa hidup merempat di sebuah gerai tinggalan yang hanya berukuran 6 X 6 di Kampung Kukut, Beaufort atas ehsan Pengerusi JKKK kerana tidak mampu membayar sewa rumah disebabkan pendapatannya sebagai Tukang Urut tidak menjanjikan masa hadapan yang cerah.

Dalam keadaan serba daif, Laimin dan keluarga terpaksa menumpang tandas, mandi dan mengambil air di Balairaya berhampiran untuk meneruskan kehidupannya yang amat payah; dengan harapan dapat kembali ke Taman Cahaya Sandakan jika mendapat ehsan Kerajaan Negeri.

"Kalau boleh saya rayu ehsan kerajaan negeri Sabah agar dapat membina perumahan berkelompok bagi mereka yang tidak bernasib baik di Taman Cahaya di Sandakan kerana rumah kelamin yang sedia ada sudah terlalu uzur," ujar Laimin yang bercita-cita besar untuk membina semula kehidupan kedua setelah rumah tangganya runtuh; malah turut mengharapkan sebutir mata atau pembedahan untuk memperbaiki matanya.

Walaupun sebelum ini, Laimin menumpang teduh di rumah ibu mertuanya yang terletak di belakang rumah Datuk Lajim di Beaufort; namun terpaksa membawa diri, isterinya dan tiga anaknya yang masih kecil merempat di Gerai yang sebelum ini digunakan sebagai tempat beliau menjalankan perniagaan mengurut kaki.

Laimin dikurniakan 11 orang anak iaitu lapan orang iaitu Suhaidi, Suhaida, Suhaili, Amirul, Amiruddin, Nazri, Nazwi dan Erna daripada isteri pertama (bercerai); dan tiga anak Jai Amirul, Mardawina Safiah dan Nursuhaila daripada isteri kedua.




MANGSA.....Kenapa Laimin jadi mangsa semata-mata kerana mengundi di Sungai Sibuga Sandakan sehingga Lajim dan Azizah enggan membantu?




LESEN.....Laimin memiliki lesen berniaga, tetapi siapalah yang mahu datang berurut di tengah kampung Kukut? 





USANG......Haji Ibrahim menunjukkan perumahan usang di Taman Cahaya Sandakan.

Dalam pada itu, Penyelia Taman Cahaya Sandakan, Haji Ibrahim Haji Abdul Hamid ketika dihubungi Sabahkini.net mengesahkan bahawa pihaknya telah menulis surat kepada Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie KK Ajirol pada 13 Disember 2012 untuk memohon 20 Unit rumah PPRT di Taman Cahaya Sandakan, namun sehingga kini, 4 Januari 2013 belum mendapat sebarang jawapan.

"Buat masa ini kita masih menanti dan kita harap Ketua Menteri Sabah akan membantu kita sekali lagi setelah kita mendapat Kompleks Penyayang bernilai RM5 juta tahun lalu. Keperluan rumah PPRT ini amat mendesak," kata Haji Ibrahim yang memaklumkan rumah kelamin yang sedia ada tidak lagi ekonomi dibaiki kerana sudah terlalu uzur.

Menurut Haji Ibrahim, pihaknya mempunyai tanah rumah seluas 12 ekar, namun tidak mempunyai dana; apatah lagi setelah tiga buah rumah PPRT sementara tidak lagi dapat digunakan kerana reput dimakan anai-anai.

IKUTI LANJUTAN KISAH INI DI EPISOD AKAN DATANG

10 comments:

  1. berusha slgi mampu...jn hrp belas kasian urg len bah..alalalaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tak tau apa akan jd...jd ko jgn bnyak ckp pukima hanjing......

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. sa mo tya ...mana tu ank da yg no 4??napa x dlm list????mo kc sembunyi sesuatu kaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello kau siapa bah ni,,kau turun bft aku maw jumpa kau..kalau kau tidak tau apa2 jangan masuk campuk..nanti ku hantak kepalamu...

      Delete
    2. hai sayang kamu ni kenapa..apa hal lagi dengan anak saya tu,,masih tak puas ati g ke,,hari tu dah baca doa tolak bala agar tak da masalah timbul,so sekarang apa lagi kau mahu..kalau dia mau tengok budak tu bole ba,,,aku d lawas sekarang ni,,tak merempat lagi...pamtang nampak orang susah sikit macam2 lah bala mau datang,,

      Delete
  3. teruk juga laman ni...meskipun ada kebenaran tapi ianya tidak perlu di paparkan di sini..ini maruah dan harga diri saya...gara2 kamu berkempen kami pula jadi mangsa..kami ni ada hati juga..kata tak sebar dalam internet...ni p[enuh satu link apa kes...PEMBETULAN;KAMI BUKAN MISKIN ,MEREMPAT ATAU MISKIN KEPARAT!!!!!!!!!!!!!!!!AWAK BUKAN TOLONG TAPI NAK BOHONG...MIRIP ALONG....MALULAH SAYA DAH 4 BLOG SAYA KENA GAM TAU....AWAK BOLEH BAYAR KE MERUAH SAYA....

    ReplyDelete
  4. walau pun kami miskin kami tak akan buat mcm tu....ni la di namakan org kaya bonka mau mampus ,mangkin tua mangkin menjadi2 suda tua tak mau mampus phuiiii pukima.

    ReplyDelete
  5. klu berani sngat kat block mesti berani kat luar...jom jumpa kt pekan beoufort....keturunan penindas org miskin...phuiii......hanjing.

    ReplyDelete
  6. KALAU NAK DAPAT NAMA DARI KERAJAAN SEKALIPUN JANGAN NAK GADAI MARUAH ORANG LAIN LORH.....XGUNA KO SKOLA TINGGI2 KALAU HANYA TAU MENIPU ORANG X GUNA ORG MCM KO NI ADA AGAMA SEBAB KO NI X FAHAM APA ERTI BERSAUDARA.LAIN KALI P BELAJAR AGAMA SUPAYA KO 2 TAU D MANA MARUAH KO 2 SEBAGAI MAKHLUK ALLAH.FAHAM........ORANG ZAMAN SEKARANG NI GILA PANGKAT.GILA HARTA,GILA KUASA SMPAI SANGGUP GADAI MARUAH ORANG LAIN DEMI KEPENTINGAN SENDIRI KAMI X MINTA PUN KO TLNG KLU DNGN CARA MCM NI BGS MAMPUS LA KO......PENIPU AQ X AMPUNKAN KO SAMPI KO MATI INGAT 2

    ReplyDelete