Saturday, 5 January 2013

AWANG KADIN GANTI SAMSUDDIN?






Oleh : PEMERHATI POLITIK BATU SAPI

SUMBER risikan mendapati, antara desas desus Calon yang mewakili Barisan Nasional bagi Kawasan N.43 Sekong tidak lain tidak bukan adalah Datuk Haji Awang Kadin Tang (Gambar). Ini adalah berikutan peratusan Wakil rakyat sedia ada iaitu Datuk Samsudin Yahya sudah menurun ekoran kurangnya sokongan terhadap beliau di peringkat akar umbi.

Dalam UMNO Bahagian Batu Sapi sendiri telah menyenaraikan antara Calon yang dicadangkan bagi mewakili BN pada Pilihanraya UMUM ke-13 adalah seperti berikut.

1. Datuk Haji Samsudin Yahya
2. Arifin Asgali
3. Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan
4. Zantapha Zainal Abidin

Keempat penama di atas tidak layak untuk menjadi wakil rakyat kawasan Sekong ekoran tidak mendapat suara penuh akar umbi dan tidak mempunyai latar belakang yang cukup kuat untuk bertapak di Sekong,Batu Sapi.

Tetapi Datuk Awang Kadin juga tidak mendapat sokongan penuh,apabila diperhati atas kapasiti beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri adalah menjadi keutamaan dalam kriteria untuk dijadikan calon Wakil Rakyat bagi kawasan ini.
Datuk Haji Awang Kadin adalah 'Orang Kanan' Kepada Ketua Menteri Sabah dan bagi menutup mulut Datuk Samsudin agar tidak lagi menjadi bahan tohmahan rakyat di kawasannya; maka adalah elok calon dan muka baru diletakkan di kawasan N.43 Sekong ini.

Jika benar sumber ini, maka Datuk Awang Kadin sekali lagi menempah nama dalam arena politik beliau sekaligus dapat menepis segala gossip dan cerita kedai kopi mengenai siapa pengganti Datuk Samsudin Yahya di kawasan N43 Sekong yang telah didedahkan sebelum ini taraf kerakyatannya.

No comments:

Post a Comment