Oleh : ROZIE JUMAT
PAPAR :
Persatuan Kebajikan Pemandu-Pemandu Lori Kota Kinabalu atau lebih
dikenali sebagai Tompinai Group telah mengadakan lawatan amal ke Holy Family
Residen Rumah Orang Tua Purak, di sini.
Pengerusi Tompinai Group, Laijuh Charles Masenau
berkata, lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memberi penghiburan kepada
penghuni Rumah Orang Tua Purak sempena sambutan hari krismas, dan sambil
menyerahkan sumbangan ahli-ahli persatuan itu kepada golongan yang memerlukan.
Lawatan tersebut merupakan
salah satu aktiviti Tompinai Group yang telah dirancang untuk aktiviti amal.
Seramai 20 orang ahli membuat lawatan dan memberikan sumbangan berupa makanan
asas dan keperluan berupa penyapu, mop, pencuci lantai dan piring. Sumbangan
tersebut adalah dari keikhlasan hati para ahli yang kebanyakannya pemilik
kenderaan komersil dan persendirian.
“Kami berasa gembira kerana
dapat menyumbangkan keperluan kepada rumah kebajikan, bertemu mesra dengan
penghuni warga emas yang membawa keinsafan kepada kita semua untuk saling bantu
membantu dan menyayangi,” ujar Laijuh.
kata Laijuh Charles Masenau,
lawatan persatuan bersama ahli keluarga itu juga bertujuan memupuk rasa cinta
kasih dan kesedaran tentang pentingnya menjaga Orang tua seperti mana mereka
menjaga Kita suatu Kecil dahulu.
Hadir sama sempena lawatan
itu ialah Timbalan Pengerusi, Thomas Langkiad ;
Bendahari, Medrad Dahelan ;
Penolong Setiausaha, Jimmy Basinau dan Penasihat, Yus Kuntagil.
Tompinai Group merupakan satu
persatuan pengguna kenderaan berat dan persendirian yang membentuk satu
kumpulan agar saling dapat bantu membantu apabila berlakunya masalah
terutamanya semasa bekerja atau di atas jalan. Mereka yang berminat untuk
menyertai bolehlah menghubungi Laijuh melalui talian 013 5572455.
No comments:
Post a Comment