KOTA KINABALU : Timbalan
Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meminta semua pihak memberi
ruang kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menjalankan tugas menyiasat
masalah pendatang tanpa izin di Sabah sebelum membuat penilaian.
Ini katanya bagi memastikan
prosiding berjalan lancar mengikut terma yang ditetapkan kerajaan.
"Menurut amalan biasa,
maklumat data haruslah dari saksi-saksi, selepas itu baru kita lihat apakah
yang semua telah dikeluarkan, baru kita akan buat penilaian yang lebih bijak
daripada sekarang," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Pairin yang juga Presiden
Parti Bersatu Sabah, mengulas mengenai RCI yang mengakhiri pendengaran awam
pertamanya di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat lepas.
Penubuhan RCI dan pelantikan
pengerusi serta anggotanya diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
pada 11 Ogos lepas bertujuan menyelesaikan sepenuhnya masalah pendatang tanpa
izin di Sabah.
Prosiding seterusnya akan
diadakan dari 28 Jan hingga 1 Feb dan 22 hingga 27 Feb ini.
Pendengaran diketuai bekas
Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong selain anggota panel
iaitu bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Datuk Seri Dr
Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu,
bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa serta bekas Timbalan
Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J.Luping. (Bernama)
No comments:
Post a Comment