Oleh: JACOB BALANG
TENOM: Mantan Setiausaha
Politik di era kerajaan Parti Berjaya, Datuk Douglas Lind, ketika ditemui di sini
pada Sabtu tidak membayangkan kunjungannya itu ada kaitan dengan politik,
khususnya untuk melobi sokongan daripada akar umbi seperti mana desas-desus
diperkatakan di kalangan pemerhati politik tempatan di sini.
“Saya datang ke sini bersama
beberapa kawan sekadar mahu berjumpa kawan-kawan lama sambil melihat kemajuan
dan keindahan di sini,” kata Douglas yang juga merupakan orang kanan Mantan
Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh sekitar tahun 1980-an.
Douglas yang menyertai Parti
Keadilan Rakyat (PKR) tahun lepas (2012) setelah meninggalkan Umno bersama
dengan beberapa tokoh lain untuk beralih sokongan kepada pembangkang bagi
menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum kali-13 (PRU13) akan
datang ini.
Ditanya sama ada beliau
kemungkinan akan dicalonkan untuk bertanding Parlimen Tenom pada PRU-13 atas
tiket Pakatan Rakyat (PR) seperti mana khabar angin mengenainya semakin panas
beliau berkata;
"Kita serahkan kepada
pucuk pimpinan parti untuk menentukan siapa yang bakal dicalonkan (dan)...soal
siapa yang dicalonkan kita akan beri sokongan dan komitmen seratus peratus...no
back stabbing.
“Namun demikian, kalau boleh
kita perlu adakan perundingan dengan semua parti pembangkang supaya formula
satu lawan satu dapat direalisasikan. Jika tidak kita (pembangkang) pasti akan
kecundang,“ tegasnya.
Dalam pada itu, Douglas
turut menafikan khabar angin yang mengatakan beliau kini sedang dalam usaha
untuk melobi pucuk pimpinan supaya dicalonkan dikawasan Parlimen Tenom adalah
tidak benar kerana beliau tetap menghormati prinsip parti dan juga tidak mahu
mengkhianati kuasa yang ada pada Ketua Cabang PKR Tenom.
Sejak akhir-akhir ini,
kawasan Parlimen Tenom (jumlah pengundi kira kira 22,000) menjadi teka teki
siapakah bakal diberi mandat oleh pucuk pimpinan untuk menentukan bakal calon
pembangkang, khususnya PR yang merangkumi DAP, PKR, PAS atau APS sebuah NGO di bawah
naungan PKR.
Sebelum ini, APS diwar-warkan
bakal meletakkan seorang doktor perubatan untuk dicalunkan untuk bertanding
kawasan Parlimen Tenom; manakala PKR belum memberi apa bayangan berhubung
perkara tersebut.
No comments:
Post a Comment