PAKAR perlembagaan Prof
Abdul Aziz Bari mempersoalkan cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad supaya satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat pemberian
kerakyatan kepada pendatang asing ketika pentadbiran perdana menteri pertama
Tunku Abdul Rahman.
Katanya, parti BN dan Majlis
Raja-Raja perlu meminta penjelasan Mahathir kerana cadangan tersebut bermaksud
bahawa golongan terbabit menerima kerakyatan itu dengan cara tidak sah.
"Lucu sekali, Mahathir,
dalam cubaannya untuk menyelamatkan diri bagaimanapun menyusahkan Umno.
"Bila dia kata Tunku
melakukan jenayah yang sama, dia sebenarnya menjejaskan konsep kontrak sosial
yang antara lainnya termasuk penerimaan kedudukan istimewa orang Melayu untuk
status kerakyatan orang Cina dan India.
“Umno, MCA dan MIC tidak
harus berdiam diri. Mereka perlu nyatakan pendirian. Mahathir secara tidak langsung menyatakan bahawa orang
Cina dan India mendapat kerakyatan secara tidak bermoral dan tidak sah,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bekas profesor undang-undang
itu juga menyebut, wujud perbezaan ketara di antara apa yang dilakukan Tunku
dan Mahathir.
Maka, tiada keperluan untuk
menubuhkan RCI seperti yang dicadangkan Mahathir kerana "berbanding Tunku,
apa yang dilakukan Mahathir pada 1994 kelihatan seperti jenayah, dan lebih
teruk, pengkhianatan kepada negara".
Jelasnya, Tunku hanya
mengikut syor dalam laporan Suruhanjaya Reid, yang kemudiannya dimasukkan ke
dalam Bahagian III dalam Perlembagaan Persekutuan. (MKINI)
No comments:
Post a Comment