Oleh : PEN MERAH
SAYA ingin berkongsi maklumat
berhubung 9 nama 'Anak Syaitan' serta tugasnya, manalah tahu ada yang belum
tahu. Maklumlah setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan anak dan
semestinya akan memilih nama yang sesuai tetapi minta dijauhkan dari 9 nama ini.
1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai
menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak
perlu (membazir)
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang
mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah
supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan/kekayaan sehingga
terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki
botol dan suuka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti
di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan
dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini
tenggelam dalam kemewahan dan darjat.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia
supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak
baik.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita.
Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar
terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami
bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai,
anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was
dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang
Majusi yang menyembah api dan matahari.
No comments:
Post a Comment