Oleh : PAPPARAZZI
SABAHKINI.NET
KETIKA menjalankan tugas
khas ke luar daerah baru-baru ini, Paparazzi telah menemui beberapa orang kuat
'God Of The Gamblers', Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin; terutama 'Body
Guard' yang bernama Obin yang ikut serta ke Christmas Island, Australia bersama
Sabdin Ghani, Jimmy Goh (Wartawan Akhbar Cina), Datuk Kimjus Duin dengan
penerbangan sewa khas RM80,000.
Lajim, Sabdin, Jimmy dan
Kimjus terbang ke Chrismas Island dengan jet sewa khas selepas menjual tanah
milik anak syarikat Koperasi Pembangunan Desa di Australia untuk menemani Lajim
berjudi di Kasino; sambil berlibur dengan wang habuan daripada Skandal
Penjualan Harta KPD.
Mengikut maklumat yang
Paparazzi terima daripada Obin dan beberapa pegawai kanan KPD, Lajim ke
Australia untuk menyaksikan 'Management Buy Over' (MBO) sebuah anak syarikat
KPD, kalau tidak silap, Benta Niaga Sdn Bhd yang mempunyai harta ratusan juta
dollar di Australia; namun dijual pada harga antara RM40 hingga RM60 juta
sahaja.
Tambah maklumat itu lagi, syarikat
berkenaan dibeli oleh Mantan Pengurus Besar KPD, Dr Richard Gunting yang
menamakan Datuk Sabdin Ghani sebagai proksi dengan jumlah saham (percuma) tertentu.
Bagaimanapun Sabdin 'ditendang keluar' daripada syarikat berkenaan setelah
semua saham habis dijual.
Dr Richard Sakian Gunting
baru-baru ini mengisytiharkan diri keluar daripada UPKO (BN) dan menyertai
Angkatan Perubahan Sabah (APS) pimpinan Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip
Bumburing. Richard berketurunan Murut itu pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah
Lembaga Koko Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Institut Pembangunan
Sabah.
Paparazzi turut mendapat
maklumat daripada Orang Kanan USIA (Pertubuhan Islam Seluruh Sabah) bahawa semasa
Tun Sakaran menjadi Ketua Menteri 'Merry Go Round'; Persatuan Bisaya Bersatu
Sabah (PBBS) diberi kawasan konsesi 'pre-log area' di Ulu Bole seluas 2,000
ekar.
Namun menurut maklumat
dalaman USIA dan PBBS, Lajim telah menjual kawasan berkenaan kepada Pemilik
Juta Hotel Keningau, Liew Kuat Kiong dengan harga RM3 juta iaitu RM 1,500 seekar.
Bagi menunjukkan
'keprihatinannya' sebagai 'Janang Gayuh', Lajim membuka Mini Market Bisaya
dengan kos RM250,000 sahaja, namun beberapa bulan kemudian Mini Market
berkenaan terpaksa ditutup kerana kekurangan modal pusingan dan salah urus.
Cerita yang Paparazzi
paparkan ini sebagai permulaan sahaja iaitu yang berlaku di zaman UMNO kerana
Presiden PBS, Datuk Joseph Pairin Kitingan mempunyai rahsia besar yang bakal
didedahkan menjelang PRU-13 bagi memastikan Lajim kempunan menjadi Ketua
Menteri Sabah.
Papparazzi sedang berusaha
mendapatkan gambar eksklusif Lajim ditangkap berjudi di atas kapal pesiaran di
perairan Sabah untuk tatapan pembaca Sabahkini.net.
maklumat yang sangat bagus, oh jadi kumpulan beruk2 itulah yang diketuai oleh Lajim yang telah meranapkan dan menjual saham2 KPD, patutlah KPD hidup segan mati tak mahu, rupa2nya inilah jembalang-jembalang penghianat rakyat muda-mudahan beruk2 ini bakal menyembah bumi..
ReplyDeleteTersilap besar penulis ini mengatakan yg lajim adalah kebangaan pkr sabah..pkr akan berbangga sekiranya rakyat sabah menukar pimpinan kerajaan yg ada sekarang dgn pimpinan yg dipilih oleh rakyat secara bersih dan adil.hidup rakyat sabah.aku bangga jadi rakyat sabah yg ada pencerahan.
ReplyDelete