REPLIKA.....Dato'
Sri Nasir (dua kiri) bersalaman dan menyerahkan replika kunci Perahu Laju
kepada Pengarah Jheains, Datuk Amri A.Suratman (tiga kanan) sambil disaksikan
Hj.Rumaling Epit (tiga kiri); Imam Loseman Linjal (kiri) dan Imam Isthial
Daniel (kanan) sempena majlis itu di Jeti Pelancongan, Semporna.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA:Menteri DiJabatan
Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran telah menyerahkan sebuah Perahu Laju
kepada Jabatan Hal Ehawal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Semporna.
Nasir berkata,kemudahan perahu
laju itu bertujuan untuk kegunaan aktiviti-aktiviti dakwah dan kemudahan jabatan itu menjalankan tugas
di kawasan pulau-pulau di daerah itu.
“Kita berharap dengan
kemudahan yang disediakan kerajaan ini,pihak Jheains daerah ini akan lebih giat
menjalankan gerakan dakwah terutamanya
bagi kawasan-kawasan pulau yang hanya dapat dihubungi dengan jalan laut,” kata
Nasir.
Nasir yang juga Menteri
bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam di Sabah setakat ini kerajaan
telah membekalkan kemudahan itu kepada Jheains kawasan Banggi; Beluran dan
Daerah Semporna.
Perahu Laju berukuran 28
Kaki dan 7.5kaki lebar itu dibekalkan dengan dua buah injin sangkut 85 kuasa
kuda setiap satu.
Hadirsama sempena majlis
penyerahan itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),Datuk
Haji Amri A.Suratman; Timbalan Pengarah Jheains,Haji Rumaling Epit; Imam Daerah
Semporna,Ustaz Haji Isthial Daniel; Pegawai Kanan Jheains Daerah Semporna, Ustaz
Loseman Lindal Al-Hafidz serta
kakitangan Jheains Daerah Semporna.
No comments:
Post a Comment