KESAL...Aisah
akan buat laporan ke Suruhanjaya Intergriti Penguatkuasaan Malaysia jika polis
Sandakan gagal tangkap Rugayah. Gambar sisipan, Abdullah dan Rugayah sepasang
suami isteri yang terlibat melakukan penipuan tuntut waris Satta Unggi dan
Noraini Nahar.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
PEGUAM Bela Tetuan Aisah Ahmad & Company mendedahkan
di Majlis Sidang Akhbar Tertutup mengenai kes penipuan yang membabitkan 3 orang
iaitu Ismail Tarandan, Abdullah Japar dan Isterinya Rugayah Ahmad yang kini
masih lagi bebas; walaupun kes ini sudah dilaporkan kepada pihak Polis dengan
cukup bukti tetapi, tiada sebarang tangkapan dibuat sehingga kini.
Menurut Aisah, pihak Polis terlalu sukar untuk menangkap Abdullah
Japar dan Ismail Tarandan walaupun cukup bukti yang kukuh untuk membolehkan
pihak polis mendakwa dan menangkap kepada kedua-dua orang yang terlibat kes
penipuan tanah iaitu menuntut waris orang yang masih hidup.
Memandangkan kes ini banyak
melibatkan orang tertentu terutamanya para pegawai kanan kerajaan dan dua tiga
orang pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN), maka tugas pendakwa agak sukar.
Aisah agak hairan kenapa pihak
polis sukar untuk menangkap Abdullah Japar dan Ismail Tarandan; walaupun
terang-terang membuat penipuan dan membabitkan orang kenamaaan kerajaan.
"Kenapa pihak polis
tidak juga membuat tangkapan terhadap Rugayah Ahmad, isteri kepada Abdullah
Japar yang cukup bukti, tetapi masih bebas,” tanya Aisah.
Berikut fakta daripada Dalam
Mahkamah Rendah Syariah Sandakan Permohonan No SS – 12- 1990 Dalam Perkara:
Harta Pusaka Simati Noraini Binti Nahar Kad Pengenalan H.0612474 “Afidavit Bagi
Permohonan Membahagi Harta Pusaka.”
Saya Rugayah binti Ahmad KPT
660223-12-5200 bersumpah dan berikrar
dengan Nama Allah menyatakan bahawa:-
1. Saya adalah ketua Pemohon
dalam permohonan ini, tinggal menetap di alamat Kg Forest PPM 274 Elopura,
Sandakan bertindak sebagai Pemohon dalam permohonan ini.
2. Simati Noraini binti
Nahar KP: H0612474 telah meninggal dunia di Sandakan (sedangkan Noraini masih
Hidup)
3. Pada saat kematian Simati
masih memiliki secara sah harta-harta berikut ini yang masih belum di
berikan kepada waris-waris yang berhak
iaitu:
4. Tanah NT No: 093091859 di
Koyah A Kinabatangan (Rugayah binti Ahmad Kpt: 660223-12-5200
5. Simati tidak mempunyai
waris-waris lain
6. Semasa hidup, Simati
tidak ada berwasiat
7. Semasa hidup, Simati
tidak ada berhutang
8. Saya dengan ini memohon
supaya harta-harta Simati sebagaimana dinyatakan dalam perenggan 3 dibahagikan
mengikut: Permohonan seperti di bawah ini iaitu kepada:-
Rugayah binti Ahmad KPT
660223-12-5200
9. Saya membuat permohonan pembahagian seperti yang dinyatakan
dalam perenggan 11 diatas adalah berdasarkan alasan berikut:
PENAMA DI ATAS ADALAH ANAK
KANDUNG SIMATI TIADA BANTAHAN DARI MANA-MANA PIHAK.
10.Dokumen-dokumen berikut
yang masing-masing ditanda dengan, dilengkapi sebagai menyokong permohonan ini
iaitu
13.1 Salinan Permohonan Tanah
Kerajaan
13.2 Salinan KP Pemohon.
Kata Aisah, Inilah antara
fakta kes yang disebutkan di dalam Mahkamah Rendah Syariah oleh Rugayah Ahmad.
Persoalannya, macam mana Rugayah mengaku dia anak kandung kepada Noraini Nahar;
sedangkan kalau diperhatikan dengan terperinci dan diteliti lihat nombor Kad
Pengenalan Rugayah Ahmad 660223-12-5200 dan sementara nombor Kad Pengenalan
Noraini Nahar ialah 641116-12-5324
perbezaan umur antara Noraini dengan Rugayah Cuma tua 2 tahun sahaja.
" Logikkah baru berusia 2 tahun sudah menjadi ibu kepada
Rugayah? Nampaknya Rugayah belum begitu cekap untuk menjalankan kegiatan
penipuan secara professional perlu ambil kursus lagi untuk mendapatkan sijil penipuan,” tambah Aisah.
Kata Aisah, bagi pihak 400
pemilik tanah yang menjadi mangsa penipuan dan peguam kepada mereka yang
terbabit merayu kepada Ketua Polis Daerah Sandakan agar mengambil tindakan
segera terhadap Rugayah Ahmad yang cukup bukti.
"Jika pihak polis masih
meragui mengenai kes ini, saya sedia dipanggil bila-bila masa saja untuk
mengemukakan segala- bukti-bukti kukuh kerana semua dokumen ada dalam simpanan
saya," ujar Aisah.
Sebagai peguambela kepada
400 orang, sekiranya polis Sandakan tidak mengambil sebarang tindakan membuat
tangkapan kepada Rugayah dalam tempoh 10 hari dari sekarang; Aisah tidak mempunyai
pilihan, melainkan pergi ke Kuala Lumpur untuk membuat laporan polis di Bukit
Aman bahawa pentadbiran Polis Sandakan terlalu lemah dan seterusnya juga membuat aduan kepada Suruhanjaya
Intergriti Penguatkuasan Malaysia (SIPM) agar mereka camputangan kes yang
semakin parah.
No comments:
Post a Comment